Gambar : smallnhot.com
Setelah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail meletakkan jawatan sebagai Presiden Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim, kini tanggungjawab itu digalas pula oleh adik baginda iaitu Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.
Ini merupakan kali pertama seorang wanita dilantik menjadi presiden kelab bola sepak kesayangan rakyat Johor. Menerusi laman web rasmi kelab JDT, telah berlangsungnya majlis pengumuman itu.
https://www.youtube.com/watch?v=-zCzq7sVUw4
Tunku Tun Aminah cukup terharu atas penghormatan yang dikurniakan kepada baginda. Baginda juga ingin bekerja keras sebagi presiden bagi menyambung legasi abang baginda.
“Saya telah menjadi saksi betapa banyaknya usaha dan kerja keras yang telah dilakukan oleh abang saya, DYAM TMJ sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk kelab JDT. Saya dapat melihat bahawa ia bukan hanya mengenai sebuah pasukan tetapi lebih kepada pelbagai aspek untuk sebuah kelab. Bermula dari Akademi dan seterusnya kepada pasukan utama JDT, ini adalah sebuah kelab yang besar dan sebuah projek yang besar. Semua orang dapat melihat kemajuan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bukan sahaja kejayaan menjulang 6 trofi tetapi juga hasil kerjasama antarabangsa dan perkembangan insfrastruktur – seperti membaik pulih Stadium Larkin, Pusat Latihan Tertutup Dato Suleiman dan kemudahan latihan di Pasir Gudang,” titah Tunku Tun Aminah.
Tunku Tun Aminah turut juga berjanji untuk melakukan yang terbaik dalam bekerjasama dengan abang baginda Tunku Ismail dan pihak yang turut sama terbabit kelab bola sepak ini untuk mempertingkatkan lagi tahap mutu dan kualiti kelab ini.