Oleh : Khairul Abidin
Gambar : Sumber Google
Friends bertahan selama 10 musim, siri yang dicipta David Crane and Marta Kauffman ini bersiaran di saluran NBC di Amerika. Gandingan enam bintang utamanya dilihat cukup serasi hingga sukar untuk sebahagian penggila siri ini menerima hakikat saat pengumuman pengakhirannya diumumkan. Jom lihat bagaimana rupa Ross, Chandler, Joey, Rachel, Monica dan Phoebe hari ini. Masihkah masih menawan seperti dulu?
DAVID SCHWIMMER
Memegang watak sebagai Ross, yang juga abang kepada Monica. Selepas Friends mengakhiri sirinya pada tahun 2004, hari ini Schwimmer dikenali menerusi siri hit The People Versus OJ Simpson dan yang terbaru American Crime Story yang menyaksikan dia tercalon untuk kategori Pelakon Pembantu Terbaik di Emmy Awards. Dari segi fizikal tidak banyak yang berubah, masih dikira segak jika dinilai pada usianya.
MATTHEW PERRY
Chandler Bing, watak yang cukup disenangi peminat setia Friends. Dalam siri ini Chandler akhirnya mengahwini Monica dan mereka mengambil anak angkat kembar. Hari ini dia masih aktif dalam dunia lakonan, malah dia yang mencipta siri The Odd Couple yang sudah masuk musim ketiga. Dilihat dari segi fizikal, Perry nampaknya lebih berisi dan jelas tanda penuaannya.
MATT LEBLANC
Dalam Friends, LeBlanc membawa watak Joey, seorang pelakon campuran Amerika dan Itali. Antara signature Joey dalam siri ini ialah bait kata ‘How you doin?’. Hari ini LeBlanc aktif sebagai hos untuk program Top Gear. Secara fizikal dia nampak lebih berisi dan rambutnya sudah beruban. Nampak perubahan yang ketara. Namun manisnya tetap ada.
JENNIFER ANISTON
Membawa watak Rachel Green, gaya rambut Aniston dalam siri ini mencipta fenomena tersendiri. Potongan rambut berlapis-lapis menjadi ikutan pada era 90-an, dan dikenali sebagai The Rachel Haircut. Hari ini masih aktif berlakon dan filem-filemnya juga mencecah kutipan pecah panggung. Cake antara lakonannya yang mendapat perhatian pengkritik. Jennifer berkahwin dengan Justin Theroux tahun lalu selepas beberapa tahun berpisah dengan bekas suaminya, Brad Pitt. Aniston masih menjadi tumpuan di karpet merah, gayanya makin matang dan bentuk tubuhnya kekal sama.
COURTNEY COX
Dia memegang watak seorang chef bernama Monica Geller. Monica dalam siri ini digambarkan sebagai seorang yang cukup menitik beratkan kebersihan. Penghujung siri ini menyaksikan Monica berkahwin dengan Chandler. Hari ini Courtney terus aktif dalam dunia hiburan dan aktif sebagai Penerbit Eksekutif termasuklah untuk siri Cougar Town yang menyaksikan penglibatannya sebagai salah seorang watak utama. Baru-baru ini Cox membuat pengakuan yang dia pernah melakukan pembedahan kosmetik dan menyesal dengan tindakannya itu.
LISA KUDROW
Memegang watak Phoebe Buffay, secara peribadinya saya rasa Phoebe antara watak yang paling mencuti hati lebih-lebih lagi saat dia memetik gitar sambil menyanyi. Pengakhiran FRIENDS menyaksikan Phoebe akhirnya berkahwin dengan cinta hatinya, Mike. Hari ini Lisa terus aktif bekerja dalam bidang penyiaran dan menjadi Penerbit Eksekutif untuk program Who Do You Think You Are? Dia juga membintangi siri seperti Cougar Town, BoJack Horseman, Angie Tribeca, dan Scandal. Raut wajahnya tidak banyak berbeza cuma garis halus dan kedutan jelas ketara.