Oleh : Farhana Fuad
Gambar : shutterstock
Generasi muda sekarang ini pantang ditegur. Apatah lagi dengan pantang larang orang tua-tua yang ramai golongan muda anggap merepek tetapi hakikatnya ada maksud di sebaliknya.
EH! senaraikan kebenaran pantang larang orang tua yang mungkin ramai persoalkannya.
1. Masuk rumah waktu senja
Kepercayaan: Takut disorok hantu
Logik : Sebenarnya kerana waktu solat maghrib itu singkat. Ditakuti ia terlajak pula masanya untuk bersolat.
2. Jangan buka payung di dalam rumah
Kepercayaan : Takut dimasuki ular.
Logik : Sebenarnya ditakuti ia boleh membahayakan orang lain.
3. Tidak boleh lalu di bawah kain jemuran
Kepercayaan : Dikatakan boleh menyebabkan pening kepala.
Logik : Hakikatnya takut kain jemuran itu jatuh ke atas lantai atau tanah dan menyebabkan kotor semula.
4. Sesudah makan, tuang sedikit air ke dalam pinggan
Kepercayaan : Kononnya tidak akan kering rezeki.
Logik : Sebenarnya ia membantu untuk mencuci pinggan dengan lebih senang.
5. Tidak boleh berpindah tempat ketika makan
Kepercayaan : Katanya boleh menyebabkan berkahwin ramai.
Logik : Ditakuti boleh menyebabkan masalah makanan bersepah.