Oleh : Razin Mohd
Gambar : Sumber Google
Kebanyakan masa saya dihabiskan di dalam bilik, itulah ruang tidur, menonton drama siri kegemaran dan kadangkala makan malam!
Menjadikan ia satu ruang peribadi yang cukup intim buat saya. Namun masalah mula timbul apabila saya berhadapan dengan ruang kamar yang kecil dan tidak tersusun.
Berhadapan dengan masalah tersebut, saya selamatkan ruang yang ada agar tampil lebih luas dan lapang melalui 5 cara terbaik ini!
1. White on White
Warna cat dinding memainkan peranan yang tinggi lagi-lagi buat anda yang memiliki kamar bilik yang kecil. pengunaan warna cat yang gelap bakal memberi ilusi yang lebih sempit. Bagi mengelakkan hal tersebut, cat dinding dengan palet warna putih dan gunakan perabut juga sarung tilam warna cerah agar ruang bilik anda tampil lebih terang dan luas. Jika nampak terlalu pucat, gayakan aksesori selimut dalam palet hitam putih atau hiaskan bilik anda dengan pokok agar memberi sedikit ‘nyawa’ pada bilik anda.
2. Alihkan katil ke sudut dinding
Bagi menyelamatkan lagi ruang pada bilik tidur tolak katil anda ke dinding, dengan cara ini saya mendapat ruang yang lebih luas untuk berjalan. Bagi menambah sedikit karakter pada ruang kamar, drill rak dinding pada bahagian kawasan katil dan hiaskan bersama bingkai gambar yang besar bagi menghidupkan stail dinding utama di bilik anda.
3. Ilusi cermin
Ilusi cermin besar dalam ruangan kamar anda pasti memberi impak yang lebih luas! disamping menjadi ‘spot’ kegemaran untuk ber’selfie’, penataan cermin dalam bilik tidur ini memantulkan cahaya pada bilik tidur anda langsung melahirkan satu ilusi yang lebih cerah dan luas. Tip paling mudah adalah dengan menggunakan cermin yang tinggi dan lebar, sandarkannya pada dinding tanpa mengantungkannya.
4. Rak dinding
Saya amat gemar mengubah dekorasi pada bilik dari masa ke semasa, namun dengan ruang yang terhad menjadikan idea saya sedikit terhad. Dengan itu saya memilih rak dinding untuk saya menyusun gambar,pokok kecil, buku-buku, lilin dan bingkai gambar bagi memberi identiti tersendiri pada ruangan bilik!
5. Let the light in!
Ya benar, bagi saya dengan membuka tingkap dan memberi cahaya matahari pada ruang tidur ada juga baiknya agar tampil lebih natural dan berseri. Cahaya sihat ini bukan sahaja memberi ilusi lebih luas tetapi juga membawa udara segar luar untuk masuk ke dalam ruangan kamar. Jadi ini masanya untuk selakkan langsir itu dan buka tingkap anda seluasnya!