Oleh : Khairul Abidin
Album solo sulung Anuar Zain dilancarkan apda tahun 1998, dan menerusi album itu Anuar mula membina empayar seninya bersandarkan lagu-lagu hit seperti Bila Resah, Jangan Bersedih lagi dan kemudian menawan hati peminatnya dengan ritma indah Keabadian Cinta.
Anuar terus membuktikan kredibilitinya sebagai antara penyanyi lelaki terbaik negara dengan lagu Lelaki Ini, Cinta Harus Memiliki dan Ajari Aku. Dan terbaru, Anuar Zain menghadiahkan ‘sajian’ indah buat pencinta menerusi Andainya Takdir, antara lagu yang menyempurnakan album kelimanya, Anuar Zain.
EH! bariskan 11 perkara yang peminat Anuar Zain perlu tahu tentang album ini.
1. Album ini adalah album kelima Anuar Zain, dan jarak antara album keempat dan yang terbaru ini ialah lima tahun. Kata Anuar, album ini mengambil masa lebih tiga tahun pembikinannya, kerana album keempatnya menjalani promosi selema dua tahun. Album ini akan dipsarkan bermula 1 Oktober.
2. Album ini diisi dengan lapan buah lagu termasuk satu lagu rakaman semula, Hujan (nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad). Pencipta lagu ini, Allahyarham Syed Haron adalah insane yang memperkenalkan ANuar Zain ke dunia seni. “Sebelum arwah meninggal, sewaktu di dalam kereta saya ada menyatakan hajat kepadanya untuk merakamkan semula lagu ini. Dan dia kata, bila-bila saja saya boleh merakamkannya. Saya tanyakan padanya, apa sebenar emosi untuk lagu ini. Jawab arwah, lagu ini ditulis dalam perasaan marah. Jadi saya cuba satukan perasaan marah dan sedih dalam penyampaian saya untuk Hujan.
3. Album ini menggabungkan lima pencipta lagu dari Malaysia dan tiga dari Indonesia. Antara composer yang menyumbang lagu untuk album ini ialah Najwa Mahiaddin, Helen yap, Numata (composer yang mencipta lagu lelaki Ini), Alto, Alam Anggara Urbach (composer yang mencipta Katakan Tidak, lagu nyanyian Afghan), Azale dan Sze Wan.
4. Album ini turut mendapat sentuhan alunan orkestra dari luar Negara, iaitu City of Parague Philharmonic Orchestra (Hujan) dan Budapest Scoring Orchestra (Selamat Malam).
5. Anuar Zain turut menulis lirik untuk lagu Selamat Malam. Kata Anuar, “saya mencari ilham agak lama, berbulan-bulan, namun pabila ilham itu tiba sewaktu saya berada di Verona, Itali dan saya dapat siapkannya dalam masa 15 minit.”
6. Melodi lagu Kembali Padamu Ilahi dicipta berdasarkan lirik yang ditulis oleh Dalilah Tamrin, yang mana Dalilah menghasilkan lirik ini ketika dia sedang bertarung dengan kanser payudara.
7. Album ini diwarnai dengan lagu beretak perlahan sepenuhnya, dan Anuar akui dia sebenarnya memang mahukan lagu rancak untuk album ini namun rata-rata lagu yang diterimanya berentak perlahan. “Jika saya mahu merakamkan lagu rancak, biarlah yang bersesuaian,” terangnya.
8. Lagu Andainya Takdir, ciptaan Helen Yap dan liriknya hasil gubahan Habsah Hassan. Video muzik lagu ini disempurnakan oleh pengarah Amor Rizan dan dibintangi oleh Sahrifah Sakinah, Puteri balqis, Hafidzuddin Fazil, Eyra Hazali dan Syafiq M. Nazri. Video muzik ini boleh ditonton di YouTube VEVO Anuar Zain hujung minggu ini.
9. Fendi Sani bertanggungjawab menata rias wajah Anuar Zain untuk penggambaran muka depan album dan video muzik Andainya takdir. Jurugambar terkenal Bustamam Mokhtar merakamkan gambar untuk muka depan album kelima Anuar Zain ini.
10. Album ini kekal dengan tajuk Anuar Zain seperti album-albumnya sebelum ini kerana bagi Anuar setiap lagu di dalam kesemua albumnya punya tarikan dan kekuatan tersendiri.
11. Anuar Zain akan menjalankan sesi meet & greet untuk album ini. Anuar bekerjasama dengan Mydin, dan sebanyak enam lokasi Mydin akan dikunjunginya bermula 9 Oktober (Mydin USJ, SUbang jaya) dan ebrakhir pada 17 Disember di Mydin Pelangi Indah, Johor Bharu.