8) KUASA WARNA
Warna- satu trik gaya yang sering dipakai Aimee. Mungkin padanya, suntikan warna-warna terang dalam penampilan mampu meningkatkan stailnya dengan mudah. Yellow sunshine yang menjadi pilihan Aimee, sesuai betul untuk stail musim bunga. Apalagi pabila Aimee ‘upload’ gaya seperti ini di Instagram, ia mudah menarik perhatian pengikutnya yang sudah mencecah lima juta!