Gigi Hadid memeran watak utama di dalam kempen terbaru H&M, Hotel Hennes, yang mana koleksi ini akan dijual secara dalam talian di laman sesawang H&M sahaja bermula 28 April ini.
EH! berpeluang bertanyakan 10 soalan dengan Gigi Hadid tentang pengalamannya membintangi kempen ini juga pengalaman cuti musim panasnya.
Apa yang boleh kamu huraikan tentang Hôtel Hennes serta karakter bintang undangan dalam cereka pendek ini?
Saya rasa Hôtel Hennes bagaikan satu magikal, lokasi yang mistikal, kamu takkan tahu apa yang bakal kamu alami bila menginap di sana, kamu hanya perlu bersedia untuk satu pengalaman luar jangkaan yang penuh dengan fantasi fesyen. Saya cukup seronok memegang peranan sebagai pemilik hotel di dalam cereka pendek ini, dan satu pengalaman yang menarik apabila dapat bekerja kembali dengan orang-orang yang saya kenal juga dengan orang baru.
Boleh ceritakan tentang watak kamu sebagai pemilik hotel, bagaimana kamu merealisasikan karakter tersebut?
Saya cukup terinspirasi dengan helaian-helaian di dalam penggambaran ini. Perkara pertama yang saya laklukan sebaik tiba di set penggambaran ialah mengacu semua baju. Bagi saya itulah cara untuk memahami jalan cerita serta karakter yang perlu dibawa. Koleksi H&M musim ini sangat bold dan menyerlah. Padanan tiap helaian dan penggayaan aksesori juga agak berbeza, membuatkan stail watak pemilik hotel ini lebih unik, seseorang yang suka menjadikan gaya hariannya sebagai satu inspirasi.
Adakah karier kamu dalam dunia peragaan sedikit sebanyak membantu kamu menyempurnakan watak ini?
Bagi saya pengalaman terbesar saya yang berkaitan dengan hotel ialah menginap di hotel setiap kali berpergian atas tugasan. Biasanya saya akan menginap di hotel lebih kurang dua minggu. Dan saya akan berulang ke kota yang sama beberapa kali setahun dan lazimnya saya akan menginap di hotel yang sama, dan dari situ saya kenal dengan pekerja di sana, saya tahu siapa yang menjaga bar, restoran juga di lobi pendaftaran. Jadi secara tak langsung pengalaman ini membuatkan saya lebih faham dengan watak ini menerusi pengalaman mengenali insan-insan yang bekerja di hotel.