Are you kidding me? Pantas sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik, kita berada di penghujung 2020. Dalam masa tiga minggu lagi, kita bakal menyambut tahun 2021. Biarpun, 2020 are cancelled, namun musim perayaan terus disambut. Tak bermakna rasa suram kecewa itu harus dibiarkan. Dibelenggu rasa sedih. That won’t happen. Festive season adalah musimnya untuk kita kuluar meraikan perayaan-perayaan, seperti Krismas, Tahun Baru dan tak lama lagi Tahun Baru Cina pada bulan Februari. Bersediakah kita?
Kebiasaannya, musim perayaan adalah waktu paling sesuai untuk kita berehat dari bekerja dan pergi bercuti. Adakan aktiviti kekeluargaan. Reunion bersama kawan-kawan lama. Tetapi, apakan daya, disebabkan pandemik yang berlanjutan, segala perancangan pergi bercuti terpaksa ditunda. Jangan bersedih ya. Namun, di sebalik kesukaran ini, aktiviti kekeluargaan masih boleh dianjurkan. Dan dinasihati untuk mengadakannya dalam skala kecil. Bilangan tetamu yang aangaat terhad. Paling penting perlu patuhi SOP.
‘Festive season’ adalah masa yang terbaik untuk mencuba gaya yang mempersonifikasikan konsep perayaan. Just to show the festive spirits. Mungkin dari aspek padanan aksesori, pilihan fabrik baju, warna-warna yang meronai, teknik layering, pemilihan ‘outerwear’ dan banyak lagi.
Pelbagai idea gaya festive yang ideal boleh dilaksanakan. Pada kami, ‘comfy knitwear’ is always welcome. Cuaca sejuk pada setiap hujung tahun, memberikan ‘alasan’ terbaik untuk kita pakai baju tebal-tebal. Inilah juga masanya untuk kita bergaya dalam kot-kot trench, kot tebal dan kot labuh. Cuba solekan baru juga tak terkecuali. Gaya-gaya rambut baru dengan padanan aksesori kecil, misalnya headband, skaf rambut, topi amat digalakkan.
Mencari inspirasi untuk gaya festive? Kami rangkumkan variasi look pementasan fesyen musim luruh/sejuk 2020 sebagai inspriasi. Take a look.
Michael Kors COLLECTION DIOR
Artikel berkaitan: The Noughties Princess Kini Pilih The Swinger!