Paris mungkin kota fesyen, tetapi Jennie Blackpink telah menjadikannya sebagai pentasnya tersendiri. Dari pertunjukan fesyen hinggalah ke jalanan Paris, Jennie terus membuktikan bahawa dia bukan sekadar bintang K-pop biasa, tetapi juga ikon fesyen global yang sentiasa menetapkan trend fesyen tersendiri.
Jennie Kim, si it girl K-pop yang tidak pernah lekang dari perhatian, kembali membuatkan dunia terpukau dengan gaya fesyennya yang sentiasa on point. Dari pentas muzik hinggalah ke pertunjukan fesyen ikonik, Jennie tahu bagaimana caranya untuk membuatkan semua mata tertumpu padanya. Dan kali ini, Paris menjadi saksi kepada pesona Jennie.
Januari 2025 menjadi bulan yang cukup istimewa buatnya, selain melancarkan single terbarunya, “Love Hangover”, dia juga kembali ke Paris untuk menjalankan tugas sebagai duta Chanel. Setiap penampilannya di kota cinta ini menjadi bualan hangat, dengan gaya yang sentiasa fresh, penuh personaliti, dan tentunya, fashion choices yang tidak pernah mengecewakan. Jom! kita ikuti beberapa momen terbaik Jennie di Paris yang berjaya mencuri tumpuan dunia.
1. Pertunjukan Fesyen Haute Couture Chanel
Di pertunjukan fesyen haute couture Chanel, Jennie sekali lagi membuktikan bahawa dia adalah ratu fesyen yang sebenar. Walaupun Paris diliputi cuaca sejuk, Jennie hadir dengan gaya yang seolah-olah dibawa langsung dari musim panas! Feather cape berwarna biru lembut yang dipakainya memancarkan aura klasik Chanel, sambil memberikan sentuhan dramatik pada penampilannya.
Di bawah cape itu, Jennie memadankan low waist pants berwarna hitam berpotongan lurus dengan kasut platform biru yang serasi. Tidak lupa, bra segitiga berwarna biru lembut dan rantai perut berlian dengan logo Chanel menambah elemen glamor pada penampilannya. Empat cincin perak dan kuku stiletto biru pula menjadi finishing touch yang sempurna.
Untuk solekan, Jennie memilih no-makeup makeup look yang segar, dengan bibir nude dan cat eyes halus. Rambutnya yang dibiarkan terurai dengan lapisan depan wajah menambahkan lagi kesan santai pada penampilannya. Warna biru lembut ini seolah-olah memberi petanda akan era baru bagi Jennie menjelang album solonya, Ruby.
2. Menjelajah Kota Paris
Selain memenuhi tanggungjawab sebagai duta Chanel, Jennie juga meluangkan masa untuk menikmati keindahan kota Paris. Dan sudah tentu, dia melakukannya dengan gaya yang sangat chic! Berlatarbelakangkan Menara Eiffel, Jennie tampil dalam busana serba hitam yang memancarkan aura sofistikated dan misteri.
Kot panjang yang membaluti tubuhnya, dipadankan dengan but kulit hitam serta aksesori minimalis, menjadikan penampilannya persis watak utama dalam filem klasik Parisian.
Dengan kaca mata hitam dan selendang yang disarungkan di kepala, Jennie menghidupkan gaya elegan yang effortless, mengingatkan kita kepada ikon fesyen zaman dahulu yang tetap relevan sehingga kini. Langit Paris yang kelabu serta jalanan yang basah menambahkan lagi sentuhan romantik dan dramatik. Jennie bukan sekadar menikmati kota ini, tetapi menjadikan setiap momen sebagai peluang untuk mencipta detik fesyen yang ikonik.
3. Pertujukan Fesyen Jean Paul Gaultier
Selepas mencuri perhatian di pertunjukan fesyen haute couture Chanel, Jennie sekali lagi menjadi topik utama di media sosial apabila menghadiri pertunjukan haute couture Jean Paul Gaultier. Tampil mempesona dalam gaun ilusi nude yang bertatahkan manik dari koleksi couture musim bunga 2008, Jennie membuktikan statusnya sebagai ikon global yang sentiasa memberikan kejutan fesyen yang menawan.
Gaun dengan potongan yang mengikuti lekuk tubuhnya, menampilkan perincian tali silang pada bahagian dada bukan sahaja menambah sentuhan dramatik, tetapi juga menyerlahkan estetika sensual yang tetap elegan. Kilauan manik yang disusun dengan teliti memberikan kesan seperti bintang berkelipan, menjadikan setiap pergerakan Jennie begitu memikat dalam cahaya lampu Paris yang romantik.
Tidak hanya berhenti di situ, Jennie turut memperincikan penampilannya dengan manicure bertatahkan manik, mencerminkan elemen couture yang mewah hingga ke hujung jari. Rambutnya ditata dalam gaya bouffant yang rapi, memberikan aura klasik yang diimbangi dengan solekan minimalis. Eyeshadow ringan dan lip gloss berkilau menyempurnakan penampilannya, menjadikan keseluruhan look ini tampak effortless.
4. Penampilan di Program TV Perancis
Tidak hanya memukau di pentas peragaan fesyen, Jennie turut mencuri perhatian di kaca televisyen Perancis dengan gaya yang santai tetapi tetap elegan. Muncul sebagai tetamu di program TV nasional Quotidien, bintang global ini memilih busana dari koleksi Chanel.
Penampilannya kali ini membawa elemen Parisian chic yang effortless. Jennie menyarungkan cardigan biru berjalur hitam yang dipakai dengan gaya oversized, mencipta ilusi seperti dress mini yang ringkas dan penuh karakter. Perincian butang berkilau dan aksesori bunga pada bahu menambahkan elemen feminin yang halus.
Bagi melengkapkan gayanya, Jennie memadankan busana ini dengan stoking hitam sheer serta pump heels klasik, mencipta siluet yang sleek. Rambutnya dibiarkan tergerai secara natural, memberikan kesan effortless beauty yang sering dikaitkan dengannya. Solekan minimalis dengan lip tint natural dan mata sedikit berdimensi menambah sentuhan yang segar dan muda.
Bagi peminat Chanel dan fesyen Perancis, penampilan Jennie di Quotidien adalah adalah momen yang tidak boleh dilepaskan. Gaya effortless yang di bawanya membawa aura dan selera fesyen yang tersendiri.
Artikel Berkaitan: Rekaan Menangkap Mata Sepanjang Minggu Paris Haute Couture 2025