BAFTA Awards ke-77 yang berlangsung pada 18 Januari di Royal Festival Hall, London meriah dengan kehadiran para selebriti dan jemputan ternama dengan gaya yang mencuri perhatian.
British Academy Film Awards, lebih dikenali sebagai BAFTA Awards ialah anugerah tahunan yang dihoskan oleh Akademi Seni Filem dan Televisyen British (BAFTA) untuk memberi penghormatan kepada sumbangan terbaik British dan antarabangsa terhadap filem.
Sebelum majlis berlangsung, para selebriti tampil dalam fesyen memukau mata, dilihat mendominasi karpet merah tahun ini.
Lihat gaya pasangan yang mencuri perhatian di BAFTA Awards 2024
1. Margot Robbie dan Tom Ackerley
Margot Robbie dan rakan produser Barbie, Tom Ackerley tidak pernah berjalan di karpet merah bersama-sama. Jadi, publisiti mereka semakin meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Margot menyarung gaun merah jambu sutera dan baldu hitam tersuai Giorgio Armani Privé yang menampilkan garis leher sweetheart dan sulaman paillette hitam, dipadankan dengan sarung tangan opera hitam. Pasangannya pula menggayakan tuxedo hitam klasik.
2. Daisy Edgar-Jones & BenSeed
Pelakon Fresh, Daisy Edgar-Jones sangat privasi berjalan di atas karpet merah seorang diri tetapi telah dirakam di dalam BAFTA bersama jurugambar Ben Seed.
Daisy menggayakan two-piece, terdiri daripada gaun merah nipis yang menampakkan garis lehernya hingga ke bawah. Di sebalik gaun itu pada bahagian bawah, dia memakai sepasang seluar pendek yang dihiasi dengan susunan labuci dan memadankan gayanya dengan sepatu tumit tinggi. Pasangannya pula memakai sut kelabu bersama tali leher berona hitam.
3. James McAvoy dan Lisa Liberati
Pelakon James McAvoy dilihat hadir ke karpet merah bersama isterinya Lisa Liberati. Mereka menampilkan kelainan pada trend hitam putih yang mendominasi karpet merah.
James memadankan tuxedo kot putih bersama celana hitam. Pasangannya pula menyarung gaun hitam korset menyerlahkan keanggunannya dengan senyuman manis itu.
4. Robert Downey Jr. dan Susan Downey
Sebelum memenangi anugerah Pelakon Pembantu Terbaik untuk peranannya dalam Oppenheimer, Robert Downey Jr. hadir ke karpet merah bersama isterinya, Susan Downey.
Robert memakai sut berona kelabu bersama kemeja hitam disebalik kot manakala Susan memakai gaun hitam dengan perincian di garisan leher.
5. Carey Mulligan dan Marcus Mumford
Selain mempunyai pertemuan yang paling manis dalam sejarah Hollywood, Carey Mulligan dan Marcus Mumford sentiasa menunjukkan sokongan di atas karpet merah sambil berjaya mengelakkan perkahwinan mereka daripada mata umum.
Pasangan ini memilih gaya yang sepadan berona hitam. Marcus memakai sut serba hitam manakala Carey memakai gaun meleret bersama aksesori.
6. Lily Collins dan Charlie McDowell
Bintang Emily in Paris, Lily Collins mengekalkan percintaannya dengan anak lelaki Mary Steenburgen, Charlie McDowell dengan lowkey, jadi ia sentiasa menyenangkan untuk melihat mereka berdua bersama. Mereka sepakat menggayakan persalinan hitam putih, menampakkan padanan yang sempurna.
Lily menyarung busana hitam belahan tepi bersama perincian mawar silver di bahagian dada dan lengan puff. Charlie pula menggayakan tuxedo klasik yang biasa kita lihat.
Baca: Pasangan Selebriti Hollywood Yang Jatuh Cinta Di Set Penggambaran