Satin Dress
Untuk penampilan yang benar-benar mencuri perhatian, pilih satin sebagai fabrik pilihan anda pada hujung minggu. Bagi anda yang inginkan gaya yang feminin dan anggun, satin dress ini pasti sesuai buat anda! Satin sering dianggap sebagai pakaian yang eksklusif untuk acara sosial yang mewah, namun kini, kain beralun cantik ini juga boleh dipakai pada bila masa asalkan kena pada gaya. Gaya ini juga sering digayakan oleh selebriti popular dan penggiat fesyen di seluruh dunia pada tahun 90-an dan kini ia kembali mencuri hati para gadis.
Antara jenama lokal yang menjual Satin Dress ini adalah Wannursyaira_
Artikel berkaitan, Tip Pemilihan Fesyen Sukan Yang Betul
Gambar oleh, Everygirl studio.