Pada tahun 1970, kesemua jam berasal dari Swiss adalah jam yang tinggi nilainya sehinggakan tidak ramai yang mampu memilikinya. Oleh kerana itu, ramai membeli jam yang diperbuat di Asia sekali gus menjejaskan pasaran jam Swiss. Disebabkan hal ini, pada 1983, lahirnya jenama Swatch, perintis jam mampu milik di Switzerland dan ia terus berkembang menjadi jenama jam pilihan ramai di seluruh dunia.
Swatch telah menghasilkan pelbagai rekaan terkini yang celik fesyen dan trend termasuk Swatch Originals, Swatch Skin dan Swatch Chrono Automatic. Warna dan saiz jam tangan Swatch turut menjadikannya fleksibel, sesuai digunakan oleh semua peringkat umur. Material plastik yang digunakan menjamin keselesaan pemakainya dan membuatkan ia tahan lebih lama. Sememangnya Swatch yang sudah lama bertapak di dalam arena jam tangan ini tahu apa yang dimahukan oleh penggunanya.
MASKULIN & FEMININ DARIPADA NIXON >>
JAM MANA YANG BERSESUAIAN DENGAN ANDA? >>
Pada tahun ini, genap 30 tahun Swatch berada di pasaran dan sempena menyambut ‘hari lahirnya’, Swatch bakal mengeluarkan jam edisi khas yang akan mula berada di pasaran Malaysia pada 15 Mac ini.