Musim percutian bakal tiba tidak lama lagi. Menjelang perayaan hari Natal dan tahun baru, tidak salah untuk berikan si dia kejutan istimewa dengan item fesyen terbaharu ini.
Untuk musim percutian tahun ini, Fossil jenama aksesori fesyen terkenal di seantero dunia tampil dengan pilihan item fesyen dengan penambahan rona terkini seperti fig dan poppy red untuk tas tangan serta dompet yang pasti dapat menambat hati si dia.
Small packages is so in trend now! Musim ini, Fossil hadir dengan jam tangan, tas tangan serta dompet terbaik mereka dalam saiz yang lebih kecil untuk stail yang maksimum buat si pemakai.
Umum tahu yang mana Fossil terkenal menerusi jam tangan yang menjadi idaman ramai. Sempena musim percutian ini, Fossil mempersembahkan beberapa koleksi jam tangan buat lelaki dan perempuan. Setiap dari koleksi ini mempunyai keunikan tersendiri yang terserlah menerusi rekaan serta perinciannya.