Buat pertama kalinya, Swarovski menampilkan wanita berhijab sebagai wajah utama untuk kempen koleksi raya mereka dan individu paling sesuai untuk kempen tersebut semestinya tidak lain tidak bukan, Neelofa.
Sempena koleksi raya ini Swarovski dengan bangganya memperkenalkan Neelofa sebagai wajah kempen raya mereka buat julung kalinya di Malaysia. Neelofa dipilih berdasarkan konfiden serta personalitinya yang sememangnya cukup glamor. Personaliti terkenal ini diterbangkan terus ke Dubai untuk proses penggambaran koleksi tersebut yang berlatar belakang keindahan padang pasir.
Di bawah langit biru dan bertanahkan padang pasir Al Wadi Desert yang tersergam indah, Neelofa menggayakan koleksi Swarovski Raya Selection dengan aura konfiden serta cukup tenang dalam meraikan kempen perayaan ini.
"Syawal adalah bulan yang mana saya mendedikasikan masa dan menekankan nilai dan cara yang boleh saya sumbangkan kepada masyarakat. Aspirasi saya adalah untuk menjadi seorang yang memberi daripada menerima. Seseorang yang memberi kasih sayang, kekuatan dan aura positif. Saya amat percaya yang kehebatan seseorang tidak terlihat pada apa yang dia miliki, sebaliknya apa yang mereka sumbang. Dan satu-satunya cara yang boleh dilakukan adalah apabila mereka memiliki keyakinan, kekuatan dan kualiti dalam memberi kuasa; membolehkan mereka memberi orang-orang di sekitar mereka momen terbaik mereka," kata Neelofa.
Bukan itu sahaja, malah Swarovski juga dengan bangganya mengumumkan kolaborasi julung kalinya bersama Naelofar Hijab, kerjasama 360 darjah bersama Neelofa.
Istimewa untuk setiap pembelian RM650 dan ke atas, anda akan menerima sehelai skarf edisi terhad Naelofar Hijab x Swarovski serta set eksklusif sampul raya berkristal hijau. Promosi ini hanya sah sehingga 10 Jun 2019 sahaja. Ia tertakluk pada terma dan syarat.
Anda juga berpeluang untuk menerima satu Crystaldust Cuff secara percuma hanya dengan perlu menambah lebih pembelian sehingga RM980.
Sparkling Raya Selection Swarovski kini boleh didapati di stor Swarovski dan secara atas talian di Zalora.
Sempena kempen Raya ini, Swarovski turut mengadakan acara istimewa yang bakal berlangsung selama dua jam di lima buah stor Swarovski yang terletak di Mid Valley (16 Mei), Sunway Pyramid (17 Mei), KLCC (23 Mei), Pavilion (24 Mei) dan IOI City Mall (31 Mei). Ia bakal berlangsung dari jam 8 malam sehingga selesai. Di upacara istimewa ini nanti, pengunjung akan menikmati promosi hebat sebanyak 20 peratus diskaun serta banyak lagi (tertakluk kepada terma dan syarat).