Segenap dunia bakal meraikan tahun baharu dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. Pejam celik pejam celik, kita sudah berada di penghujung tahun 2020. Tahun yang paling mengesankan dan ‘impactful’ buat satu dunia. Akibatnya pandemik Covid-19. Tiada satu pun yang terkecuali.
Memasuki bulan Disember, menandakan masuknya kita ke musim perayaan, yang mana Krismas bakal disambut pada 25 Disember dan beberapa hari selepas itu Tahun Baharu pula menjelma. Namun, sambutan musim perayaan kali ini tidak seperti sedia kala.
Pergerakan masih terbatas. Aktiviti hujung tahun pun terpaksa ditangguhkan sehinggalah keadaan kembali normal. Situasi sekarang tidak bermakna kemeriahan dan keriangan musim perayaan perlu dihentikan. Life must go on. Oleh itu, Tod’s mengajak semua untuk memeriahkan dan menyambut kedatangan musim perayaan dalam keadaan normal, meskipun pandemik menggesa.
Budaya memberi dan menerima perlu diteruskan. Aktiviti dan tradisi kekeluargaan perlu bersambung. Kerana inilah masa yang terbaik untuk setiap keluarga dan sahabat berkumpul untuk meluangkan masa bersama. Bagi yang tidak dapat pulang berjumpa keluarga, carilah solusi lain untuk menggembirakan ahli keluarga anda, seperti memberi hadiah yang ideal.
Bagi menyemarakkan lagi musim perayaan, Tod’s menerbitkan kempen iklan konsep perayaan dengan menampilkan haiwan-haiwan peliharaan kesayangan semua iaitu anjing sebagai wajah utama kempen. Unik bukan?
Penampilan haiwan-haiwan peliharaan dalam kempen musim ini adalah sebagai simbol kekitaan dan kesatuan. Kerana hubungan antara manusia dan haiwan peliharaan sangatlah sejati. Dan pertalian kasih antara haiwan peliharaan dan tuannya menyimbolkan ‘the great bonds of true friendship”.
Idea kebersamaan menegapkan konsep penghasilan siri kempen tersebut. Sempena dengan pelancaran kempen musim perayaan ini, Tod’s turut mencadangkan beberapa koleksi aksesori yang wajar dimiliki sempena tahun baharu. Atau idea untuk bingkisan buat mereka yang tersayang. Beg dan kasut pelbagai rupa dan tujuan. Like they said, shoes or bags are always a good idea.
Artikel berkaitan: Nike & 3M Berkolaborasi