Ayuh bergaya dengan trend kaca mata! Bukan saja menonjolkan gaya fesyen anda malah kaca mata hitam misalnya mampu melindungi mata daripada sinar UV merbahaya. EH! bulan ini berkongsi tips memilih kaca mata bagi padanan gaya anda.
Wajah Bujur Sirih | ![]() |
|
Bagi yang memiliki bentuk muka bujur sirih, tidak sukar membuat pilihan kerana kaca mata ini mestilah mempunyai bingkai yang lebih kecil daripada wajah. Tampil yakin dengan aksesori menawan ini. | ||
Selebriti pilhan EH!: Jessica Alba & Julia Roberts | ||
Tom Ford | ![]() |
Wajah Panjang | ![]() |
|
Si pemilik muka panjang pula jangan gusar kerana dengan pilihan bingkai yang menutupi hingga ke bahagian tengah wajah boleh membantu meminimakan bentuk wajah anda yang panjang. | ||
Selebriti pilhan EH!: Teri Hatcher & Mila Jovovich | ||
Balenciaga | ![]() |
Wajah Bulat | ![]() |
|
Bingkai kaca mata berbentuk lebar adalah pilihan tepat buat anda yang berwajah bulat. Malah warna gelap seperti hitam atau ton warna bumi juga dapat mengurangkan bentuk wajah yang bulat. | ||
Selebriti pilhan EH!: Kate Winslete & Drew Barrymore | ||
Alexander McQueen | ![]() |
Wajah Segi Empat | ![]() |
|
Wajah berbentuk segi empat pasti tampak menarik jika menggayakan kaca mata berbingkai melengkung. Posisi pemegang bingkai pula jika diletakkan sedikit tinggi daripada bahagian tulang pipi boleh mengurangkan wajah daripada kelihatan lebar. | ||
Selebriti pilihan EH!: Sandra Bullock & Demi Moore | ||
Bulgari | ![]() |