KOLABORASI ANTARA UNIQLO DAN INES DE LA FRESSANGE BERTERUSAN SEHINGGA KOLEKSI Y ANG KE LIMA BELAS. MENGEKALKAN IDENTITI YANG SAMA, NAMUN BERKELANA KE LOKASI PERCUTIAN KEGEMARAN INES, DEAUVILLE, PERANCIS, LALU MEMBENTUK INSPIRASI UNTUK MUSIM BUNGA/PANAS 2021. INES DE LA FRESSANGE MELUANGKAN MASA SECARA EKSKLUSIF BERSAMA EH! UNTUK BERKONGSI SEPERKARA DUA MENGENAI KOLEKSI TERBAHARU INI.
- KONGSIKAN SEDIKIT MENGENAI KOLEKSI KE LIMA BELAS INES UNTUK UNIQLO. BAGAIMANAKAH PROSES KREATIFNYA BERJALAN?
Helaian bersifat ringan membentuk koleksi UNIQLO X Ines De la Fressange untuk musim bunga/panas 2021. Saya sering mengimpikan pakaian-pakaian yang ringan, pada masa sama mengekalkan identiti stylish dan elegan. Biarpun, keadaan di sekitar bercuaca panas. Kot trench putih, kemeja, seluar berpotongan lebar berupaya menonjolkan gaya yang cool serta ‘sensual’ dan menyenangkan.
2. MENGAPA MENGAMBIL LOKASI DEAUVILLE SEBAGAI INSPIRASI UTAMA?
Deauville ada tempat yang saya tahu sejak usia kanak-kanak lagi. Dan saya mahukan, rakan saya Naoki Takizawa untuk menerokai tempat itu. Tetapi, malangnya dia tidak dapat ke Eropah buat masa ini. Kami cuma dapat mengirimkan gambar-gambar di Deauville kepadanya. Pada saya, sifat elagansi Deauville adalah ilham yang terbaik untuk menyempurnakan koleksi untuk musim ini. Tambahan pula, Deauville sudah menjadi tempat kesukaan buat orang-orang dari Perancis yang biasa mengamalkan gaya elegan dalam penampilan.
3. KOLEKSI UNTUK MUSIM BUNGA/PANAS 2021 MENANDAKAN KOLEKSI INES BERSAMA UNIQLO YANG KE LIMA BELAS. APAKAH PERKARA LAIN YANG INGIN INES LAKUKAN DALAM KOLEKSI SETERUSNYA?
Kejayaan adalah satu perkara yang baik sekali dan saya amat berbangga dan gembiranya tentang itu. Namun, ia boleh juga bertukar menjadi satu perangkap. Kita tidak seharusnya melakukan perkara yang sama, sebaliknya harus mengekalkan faktor stail itu. Jujurnya, Saya selalu ada obsesi terhadap fabrik dan konstruksi sesuatu rekaan itu sentiasa berubah mengikut musim kerana ada kemahuan baharu yang akan timbul. Bergerak dari semasa ke semasa. Sukar untuk menetapkan satu stail atau kemahuan sahaja, kerana pasti ada ilham lain yang akan timbul. Dan berharap anda dapat melakukannya. Itulah kehidupan dalam fesyen. (ketawa).
4. APAKAH ILHAM DISEBALIK KOLEKSI UNTUK MUSIM INI?
Golongan wanita hari ini mahu membina keyakinan diri, pada masa yang sama dapat mengekalkan sifat kelembutan sebagai tanda ketenangan dalam diri. Saya mahu membantu mereka untuk menonjolkan diri yang terbaik, bermula dengan berasa seronok dengan diri mereka. Semuanya harus terletak dengan baik sebagai tanggapan bahawa semuanya adalah mudah. Tiada perincian yang tiada fungsi, hanya fabrik lembut, kapas ringan, juga persekitaran yang segar.
5. APAKAH YANG MEMBUAT INES TERUJA DENGAN SITUASI DALAM FESYEN YANG SEKARANG?
Apa yang saya hargai sekarang ialah terdapat ruang yang besar untuk wanita hari ini bebas bergaya. Item-item bersifat agresif dan provokatif tidak lagi dianggap seksi. Melihat pada situasi hari ini, banyak yang mendambakan rekaan bersifat lembut dan ringan. Selain itu, semakin ramai yang mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Dan ia merupakan falsafah yang sangat baik.
UNIQLO x Ines De La Fressange SS21 menawarkan 45 item yang dijual secara online di www.uniqlo.com sejak 5 Februari 2021. Dan ia juga boleh didapati di seleksi stor UNIQLO di Malaysia bermula 19 Februari 2021.
Artikel berkaitan: Simone Rocha x H&M, Penghormatan Sedekad Simone Rocha