Apa kata untuk Lebaran ini tampilkan gaya berani dengan mainan warna yang pelbagai supaya kamu menjadi perhatian semasa berkunjung ke rumah sanak saudara atau sewaktu menghadiri majlis open house nanti.
- Usah segan bermain dengan color blocking raya ini. Pilih adunan rona kreatif yang boleh merakam gaya baru yang segar!
- Cuba elakkan gandingan rona hitam yang akan merosakkan keseluruhan look kamu. Gantikan rona hitam itu dengan rona biru gelap. Pasti lebih menarik.
Gambar: Rizalman untuk Zalora
- Permainan rona from head to toe perlulah serasi. Rujuk gaya pentas peragaan sebelum berjumpa tailor untuk menempah baju raya.
CARA MENGENDALIKAN HUTANG KAD KREDIT RAYA
- Ini penting! Pilihan rona perlulah sesuai dengan ton kulit kamu. Jangan nanti orang nampak baju lebih daripada pemakainya.
Gambar: Baju ilham etnik, Mimpi Kita