Kita masih dalam waktu yang tidak sempurna. Masih dilanda pendamik Covid-19 yang memberi had untuk kita melaksanakan aktiviti seperti dahulu. Ketika waktu yang sukar ini, kita tidak seharuskan terus hanyut. Perlu kuatkan semangat agar perjalanan hidup diteruskan. Amatlah penting untuk kita terus tahu bagaimana sayangkan diri sendiri. Perlu ambil pusing tentang peribadi personal. Lantas bagi menaikkan semangat individu, H&M terpanggil menghasilkan koleksi loungewear bersama Yrsa Daley-Ward.
Koleksi loungewear ini menjemput penyajak Yrsa Daley-Ward untuk berkarya bersama. Dia meminjamkan kata-kata kreatifnya dan disematkan pada helaian-kelaian loungewear ilham H&M. Bait yang diambil daripada sajak yang ditulis oleh Daley-Ward dijadikan mantra terbaik untuk meneruskan kehidupan. Kongsi H&M, bait kata ini dijadikan kata semangat untuk membina keyakinan. Menariknya lagi, H&M mmeilih fabrik kapas organik dan material kitar semula untuk penghasilam koleksi loungewear ini.
Kami cukup terinspirasi dengan sajak nukilam Yrsa Daley-Ward yang cukup powerful, which so beautifully address self worth and self-empowerment
Maria ostblom, ketua pereka koleksi wanita di h&m
Saya harapkan koleksi ini mampu berikan nikmat selesa, kekuatan dan moves those who wear it, yang mereka ini menyarungkan bait-bait kata dekat dengan hati. Kita perly punya kuasa untuk membina kekuatan dan keyakinan untuk terus jalan dalam dunia dan mengejar impian. You are your life’s work
yrsa daley-ward
Pautan Berkenaan: Pereka Fesyen Simone Rocha, Undangan Baharu H&M