Musim Raya tahun ini hadir dengan satu naskhah yang bukan sekadar menyentuh hati, tetapi juga membuka dimensi baharu dalam dunia kreatif tempatan.
Kolaborasi antara Canon dan pencipta kandungan terkenal Sofyank menerusi filem pendek “Kasih Yang Tidak Bergema” membuktikan bahawa karya digital juga mampu berdiri setanding produksi sinematik arus perdana.
Buat pertama kalinya, Sofyank melangkah keluar dari zon selesa, daripada dunia efek visual (VFX) yang sinonim dengan dirinya, kepada kerusi pengarah yang menuntut sentuhan emosi lebih mendalam. Dan hasilnya? Sebuah karya yang lebih subtle, lebih jujur, dan sangat dekat dengan realiti kehidupan kita.
Kalau sebelum ini kita kenal Sofyank dengan visual yang wow dan penuh kejutan, kali ini dia memilih untuk memperlahankan tempo. “Kasih Yang Tidak Bergema” membawa kita menyelami kisah kasih seorang ibu yang mungkin tidak pernah diungkap dengan kata-kata, tetapi sentiasa hadir melalui pengorbanan kecil setiap hari.
Jalan ceritanya simple, tapi impaknya besar. Ia jenis cerita yang buat kita pause sekejap, reflect, dan mungkin… call mak lepas habis tengok.
Peralihan Sofyank kepada dunia pengarahan bukan sekadar eksperimen, tapi satu evolusi. Dengan status baharunya sebagai EOS Filmmaker bersama Canon, dia kini diberi ruang untuk explore storytelling dengan lebih luas bukan sekadar visual, tetapi juga jiwa dalam setiap frame.
Ini juga menunjukkan bagaimana ekosistem kreatif di Malaysia semakin berkembang, di mana pencipta digital diberi peluang untuk naik ke level seterusnya.
Menariknya, keseluruhan filem ini dirakam menggunakan kamera Canon EOS C50, proof bahawa teknologi yang betul boleh elevate storytelling ke tahap yang lebih tinggi. Setiap shot terasa intimate, setiap ekspresi lebih hidup, dan setiap momen lebih terasa.
Gabungan visual sinematik dan penceritaan yang grounded menjadikan filem ini bukan sekadar tontonan Raya biasa, tetapi satu pengalaman.
Kolaborasi ini bukan hanya tentang sebuah filem pendek, ia juga refleksi komitmen Canon dalam menyokong bakat tempatan. Dengan menyediakan platform, teknologi, dan kepercayaan kepada kreator seperti Sofyank, Canon secara tak langsung membantu membentuk masa depan industri kreatif Malaysia.
Dan sejujurnya, kita perlukan lebih banyak projek seperti ni, bukan saja nampak cantik, tapi juga ada jiwa.
Filem penuh
Di sebalik tabir
Baca: Selfie & Slay Bersama Canon di En Route To EH!Xperience!



