Kawan anda sedang mengalami depresi dan tidak tahu bagaimana ingin membantu mereka?
Depresi adalah satu keadaan emosi dan mental yang boleh menjejaskan sesiapa sahaja, tanpa mengira umur, jantina atau latar belakang.
Ia bukan sekadar rasa sedih atau kecewa biasa, tetapi lebih kepada perasaan putus asa, kehilangan minat terhadap aktiviti harian, dan kadang-kala muncul pemikiran negatif yang boleh mengganggu kesejahteraan mental seseorang.
Berikut adalah beberapa cara yang boleh dilakukan untuk membantu kawan yang mengalami depresi dengan betul.

Dengar tanpa menghakimi
Berikan ruang untuk mereka meluahkan perasaan tanpa menasihati atau menilai. Kadang-kadang, hanya didengari sudah memberi kelegaan.
Tunjukkan empati dan sokongan
Nyatakan bahawa anda peduli dan berada di sisi mereka. Kata-kata ringkas seperti “I ada untuk you” boleh memberi kekuatan.
Jangan meremehkan perasaan mereka
Elakkan berkata perkara seperti “Jangan sedih, cuba semangat sikit!” kerana ia boleh membuat mereka rasa tidak difahami.
Galakkan mereka mendapat bantuan profesional
Sokong mereka untuk berjumpa kaunselor, psikologi atau doktor. Ingat, depresi adalah keadaan perubatan yang memerlukan perhatian profesional.
Tawarkan bantuan rohani
Kadang-kadang aktiviti rohani seperti solat sama-sama, pergi masjid, hadiri kelas mengaji Al-Quran, sangat membantu.
Perhatikan tanda-tanda bahaya
Jika mereka menunjukkan tanda-tanda bunuh diri atau tingkah laku berbahaya, segera dapatkan bantuan profesional atau hubungi talian kecemasan. Selain, rakan anda tiba tiba tampak lebih gembira dan terlalu menghargai (sesuatu yang tak pernah buat sebelum ini), ia boleh menjadi petanda rakan anda sedang merancang sesuatu yang buruk kepada diri dia.
Sabar dan konsisten
Pemulihan memerlukan masa. Jangan kecewa jika mereka lambat berubah; kehadiran anda yang konsisten lebih penting daripada nasihat sementara. Kerana setiap langkah depresi itu perlu diambil secara perlahan tanpa paksaan.
