Khas buat wanita yang inginkan keintiman rawatan peribadi, ikuti pengalaman peribadi pengarang EH! menjalani rawatan Thermal Shape di Strip, Bangsar.
Saya amat rekomendasi rawatan Thermal Shape buat wanita yang inginkan rawatan ‘alternatif’ membentuk kembali otot dan lemak di badan. Kali pertama menjalani rawatan di Strip di Bangsar, apa yang boleh saya konklusikan ialah rawatannya amat memuaskan hati dan hubungan layanan bersama pembantu kecantikan amat menyeronokkan dan selesa.
Strip yang sudah menakluk dunia rawatan kecantikan sejak 2002, dan mereka amat membantu dalam perihal kecantikan dalaman wanita dan tidak putus memberi tip kecantikan. Lebih mengutamakan penjagaan wanita dan khas buat wanita sahaja, Strip memperkenalkan rawatan Thermal Shape, rawatan kecantikan meningkatkan pencapaian rutin senaman anda dengan menyasarkan bahagian badan yang sukar dimantapkan, iaitu bahagian punggung, perut dan paha.
Apa itu Thermal Shape?
Thermal Shape adalah rawatan bukan invasif yang menggunakan sistem 4-dalam-1 yang unik, termasuk Teknologi Ultrasound dan Thermal O2, untuk membantu memecahkan ketulan lemak yang degil, mengurangkan penampilan selulit and memantapkan kulit. Ps, rawatan ini hanya dikhaskan buat wanita sahaja dan jangan risau pembantu kecantikan juga adalah wanita.
Ya betul, bersenam adalah langkah penting dan terbaik dalam mengamalkan gaya hidup sihat dan untuk mencapai bentuk tubuh yang ideal. Umum ketahui bahawa senaman adalah usaha untuk mempertingkatkan dan mengekalkan bentuk badan yang memuaskan hati. Namun ada kalanya, usaha ini memerlukan sesuatu galakan ‘alternatif’ yang lain untuk mencapai siluet badan yang diidamkan.
Pada awal rawatan, ia tidak menyakitkan kulit dan anda akan kedengaran gelombang elektrik di telinga sendirian. Rawatan yang selamat ini perlu dilakukan selama 8 sesi kali untuk mencapai hasil yang memuaskan. Terdiri daripada dua teknologi, iaitu Peronggaan Ultrasonik (Ultrasonic Cavitation) dan Thermal O2. Kedua gandingan teknologi ini berfungsi untuk mengemulsi sel-sel lemak, mengangkat dan menegangkan kulit untuk mencapai siluet badan yang diidamkan.
Penggunaan gelombang ultrasonik pada tahap rendah dan tidak menyakitkan ini adalah untuk memecahkan sel-sel lemak menjadi cecair sambil membiarkan tisu di sekelilingnya kekal utuh. Sel-sel lemak yang telah diemulsi kemudiannya disingkirkan daripada sistem badan secara semula jadi. Usai itu, kita akan ‘diurut’ dengan Thermal O2, gabungan frekuensi radio, sedutan vakum dan tenaga haba untuk menggalakkan peredaran darah dan meningkatkan proses detoksifikasi semula jadi badan.
Frekuensi radio ini akan menembusi jauh ke dalam lapisan dermis dan mengecutkan serat kolagen dari dalam untuk menegangkan kulit, sekali gus mengurangkan penampilan selulit dan garisan halus pada kulit. Ini juga mendorong pengeluaran kolagen baru agar kulit menjadi tegang.