Henry Cavill dikenali sebagai salah seorang bintang versatil dan terhebat dalam generasinya.
Pelakon Inggeris ini memulakan kerjaya lakonannya menerusi filem adaptasi The Count Of Monte Cristo (2002) dan I Capture The Castle (2003). Dia menggalas watak sampingan dalam beberapa siri televisyen termasuk The Inspector Lynley Mysteries (2002) dan Midsomer Murders (2003). Sejak itu Henry Cavill muncul dalam lebih banyak filem seperti Tristan & Isolde (2006), Stardust (2007) dan (2011).
Berikutan kejayaannya sebagai Superman, aktor berusia 40 tahun ini ditawarkan watak dalam filem perisik The Man From U.N.C.L.E. (2015) dan Mission: Impossible – Fallout (2018). Terbaharu, dia muncul The Witcher (2013-2022) sebagai Geralt Of Rivia dan Enola Holmes (2020 & 2022) sebagai Sherlock Holmes.