Sudah pasti akan menjadi momen yang sangat berharga bagi pasangan selebriti yang baharu sahaja berkahwin apabila mereka dapat menyambut perayaan Aidilfitri pertama tahun ini sebagai suami isteri.
Merayakan Aidilfitri bersama pasangan buat kali pertama bukan sahaja satu pengalaman yang berharga bagi pasangan yang baharu sahaja berkahwin, tetapi juga satu memori yang bermakna, terutamanya bagi peminat yang mengikuti perkembangan kehidupan mereka. Sempena perayaan Aidilfitri tahun ini, EH! senarai tujuh pasangan selebriti Malaysia yang menyambut perayaan Aidilfitri bersama pasangan mereka untuk kali pertama.
Intai Tujuh Pasangan Selebriti Yang Menyambut Aidilfitri Pertama Mereka Sebagai Suami Isteri :
1. Nabila Razali Dan Nik Iruwan
Bernikah pada 18 November 2023, tahun 2024 merupakan tahun pertama buat Nabila Razali menyambut perayaan aidilfitri bersama suaminya, Nik Iruwan. Memilih untuk ikut beraya di kampung halaman suami di Kota Bharu, Kelantan, Nabila Razali meluahkan perasaan gembira dan teruja dengan kemeriahan dan pengalaman baharu menyambut perayaan di sana.
2. Shila Amzah Dan Ubai
Bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, Shila Amzah merayakan Aidilfitri bersama suaminya, Ubai, setelah mendirikan rumahtangga pada 5 Ogos 2023. Menyambut perayaan bersama keluarga baharu, Shila Amzah meluahkan rasa syukur dan bahagia atas nikmat yang diberikan dan dia juga bersedia menyambut kelahiran cahaya mereka yang bakal menyinari rumah tangga bahagia.
3. Janna Nick Dan Dini Schatzmann
Memuatnaik gambar Aidilfitri bersama kucing kesayangan, Janna Nick dan Dini Schatzmann memilih untuk menyambut Aidilfitri pertama mereka sebagai suami isteri di Pulau Pinang. Dua selebriti ini juga turut berkongsi video di TikTok, pengalaman manis mereka pulang ke kampung halaman.
4. Shuib Dan Watie
Menyambut hari raya pertama sebagai suami isteri, Watie berkongsi pengalaman beraya buat kali pertama bersama suami dan anak-anak, meluahkan perasaan gembira dan terujanya di pagi raya. Dia juga menceritakan momen lucu apabila dia terlupa membawa sampin suami dan anak-anaknya ketika mereka pulang ke kampung di Instagram miliknya.
5. Fadlan Hazim Dan Aiya Mukhamedsalova
Tahun yang penuh dengan kegembiraan buat Fadlan Hazim dan isterinya, bukan sahaja kerana mereka menyambut Aidilfitri pertama sebagai suami isteri, tetapi juga kerana ini merupakan Aidilfitri pertama buat Aiya, isteri Fadlan yang merupakan seorang mualaf. Dalam suasana penuh cinta dan kegembiraan, pasangan ini berharap agar raya tahun ini membawa kebahagiaan kepada semua umat islam di seluruh dunia.
6. Imran Aqil Dan Dahlia Rizal
Pasangan romantik Dahlia Rizal dan Imran Aqil meluahkan kegembiraan mereka menyambut Hari Raya bersama untuk kali pertama sebagai suami isteri. Dahlia berkongsi di Instagram bahawa raya tahun ini begitu bermakna baginya kerana dapat merayakan di rumah mertua.
7. Datin Intan Najuwa Dan Dato’ Asraf Azman
Mengenakan busana dari Teh Firdaus untuk hari raya pertama, Datin Intan Najuwa menyinari perayaan Aidilfitri di Johor Bharu bersama keluarga dan suaminya, Dato’ Asraf Azman. Datin Intan Najuwa juga turut berkongsi momen persiapan dekorasi khas Aidilfitri dan juadah hari raya di akaun Tiktok miliknya, menambahkan kehangatan dan keriangan suasana hari raya mereka.
Artikel Berkaitan: 7 Pasangan Selebriti Indonesia Yang Digelar ‘Power Couple’