Bella Hadid dilihat mempunyai detik romantis bersama seorang koboi, Adan Banuelos selepas berpisah dengan Marc Kalman.
Supermodel itu dilihat berpegangan tangan dan bercumbuan dengan seorang koboi, Adan Banuelos di bandar Forth Worth, Texas. Hubungan Bella bersama pengarah seni, Marc Kalman sebelum ini musnah kerana dikatakan Bella ingin mengambil masa untuk memberi tumpuan kepada kesihatannya yang sedang ditempur selama bertahun-tahun dengan penyakit Lyme.
Sepanjang bertarung dengan penyakitnya, Bella berkongsi bahawa dia berasa lebih baik apabila dapat menunggang kuda. “Saya fikir kuda saya benar-benar menghilangkan rasa sakit saya.” kongsi Bella.
Keperibadian Adan banuleos
Adan Banuelos, 34 ialah seorang koboi Mexico-Amerika dan seorang jurulatih kuda. Lahir pada 8 April 1989, teman lelaki baharu Bella ini tinggal di Forth Worth, Texas. Bapa Adan, Ascension Banuelos juga seorang koboi terkenal dan merupakan ahli Dewan Kemasyhuran Persatuan ‘Cutting Horse’s Rider’ Kebangsaan.
Kejayaan
Adan bukan sekadar ekuestrian biasa, dia ialah bintang besar dalam dunia menunggang kuda. Pada tahun 2017, Adan telah dilantik ke dalam Dewan Kemasyhuran ‘Cutting Horse Association‘ Kebangsaan, sebagai salah seorang penerima jawatan termuda sepanjang masa, dan pada tahun 2020, dia memenangi Kejohanan Terbuka NCHA Futurity.
Selain kejayaannya sendiri sebagai penunggang kuda untuk persembahan, dia juga pakar dalam melatih dan menunjukkan ‘cutting horse’, iaitu pertandingan ekuestrian gaya barat di mana kuda dan penunggang bekerjasama di hadapan hakim atau panel hakim untuk menunjukkan kesukanan kuda. Dia juga melatih penunggang yang ingin menaiki kuda.
Percintaannya bersama Bella Hadid
Percintaan Adan dan Bella dikatakan private dan tidak disahkan tetapi seperti kita tahu, Bella juga suka akan kuda. Dia dibesarkan dengan menunggang kuda dan baru-baru ini, Bella kembali ke dunia ekuestrian selepas lama berehat akibat penyakit Lyme-nya. Selain mempunyai kehidupan terkenal sendiri kerana kerjaya peragaannya, Bella dan Banuelos mungkin berjumpa dalam kalangan menunggang kuda yang sama. Penampilan mereka bersama amat mengejutkan, tetapi terlihat jelas bahawa kedua-dua mereka berkongsi ikatan sangat kuat.
Baca: Foto Terkini Song Joong Ki & Isteri Di Majlis Perkahwinan Mencuri Perhatian