Portal Variety mendedahkan, Lady Gaga ditawarkan bayaran yang tinggi untuk membintangi Joker: Folie à Deux iaitu sebanyak RM44.6 juta.
Media turut melaporkan sebelum ini bahawa Joaquin dan Todd akan menerima RM89.2 juta setiap seorang, dua kali ganda daripada bayaran Lady Gaga.
Menariknya, bayaran Joaquin naik secara mendadak berbanding RM20 juta yang diterimanya untuk Joker, yang kemudiannya menjadi filem ‘R-rated’ dengan kutipan tertinggi sepanjang masa dengan jumlah melebihi RM4.77 bilion.
Joker: Folie à Deux juga bakal dipersembahkan sebagai filem muzikal. Dengan bayaran tinggi buat pelakon dan pengarah serta kos penghasilan sekuel muzikal yang rumit, ia dijangka menelan belanja jauh lebih besar iaitu sekitar RM670 juta berbanding Joker (antara RM245 juta – RM312 juta).