Oleh: Farhana Fuad
Gambar: TPGimages
Desas-desus yang menyatakan pasangan selebriti popular, Angelina Jolie Pitt dan Brad Pitt diambang penceraian semakin menjadi-jadi. Setelah berbulan khabar angin tersebar di laman sesawang, tetapi masih tiada sebarang khabar dari pasangan ini sama ada ianya benar atau pun tidak.
Menurut laporan media antarabangsa, masalah berat badan Jolie yang kini hanya 79 pounds bersamaan dengan 35 kilogram menjadi menjadi punca kepada ugutan cerai oleh Pitt kepada Jolie.
Namun, sumber terdekat pasangan terbabit menyatakan “Brad sudah melakukan segalanya untuk Angie fokus pada kesihatannya…Brad melihat Angie seakan sudah putus asa dan keluar setiap hari tanpa mengambil sebarang makanan.”
Tambahnya lagi, Pitt sangat bimbang akan Jolie kerana isterinya itu sebenarnya semakin tenat dan Pitt sangat menyayangi Jolie sehingga terpaksa memberikan kata putus untuk bercerai sebagai wake-up call.
[soliloquy slug=”brad-pitt-angelina-jolie”]
Malah, menurut tabloid tersebut aktor utama World War Z ini pernah mengatakan pada isterinya “Ianya sangat berat buat dirinya dan anak-anak” untuk melihat aktres dan aktivis kemanusiaan ini terus berputus asa begitu saja. Namun Jolie kononnya telah menafikan yang dirinya bermasalah dan tidak ada sebarang isu kesihatan.
Terkaitkan lagi khabar angin bahawa Jolie “tidak bertenaga untuk bangun dari katilnya.” Sebelum ini ada juga spekulasi yang disebarkan tabloid National Enquirer ini bahawa Brad turut terganggu dek kerana tulisan diari Jolie yang menyimpan cerita tentang ketagihan heroin serta aksi seks pelik.
Selain itu, timbul pula khabar angin yang menyatakan apabila media antarabangsa lain cuba mengenal pasti pada sumber terdekat pasangan terbabit untuk kepastian, dan jawapannya adalah ‘nonsense‘ kerana ketika ini Jolie sedang bekerja keras di Kemboja, mengarahkan sebuah drama akan datang yang berjudul First They Killed My Father, yang juga ditulis dan diterbitkan oleh Jolie sendiri.
Apa pun, semoga pasangan selebriti terkenal dunia ini dalam keadaan yang baik dan kuat dalam menempuh dugaan yang dilalui mereka.