Hadir terus ke parti dari pentas peragaan, Gigi menggayakan baju crop berwarna putih bersama celana denim longgar manakala Leonardo pula tampil ringkas dalam persalinan serba hitam dan topi besbol.
Pasangan tersebut dilihat berada jauh dari semua tetamu di parti eksklusif anjuran rakan Leonardo, Richie Akiva dan Dareen Dzienciol itu yang diadakan di sebuah loteng di Soho, menurut portal Page Six.
“Leo berada di samping rakan-rakan lelakinya manakala Gigi pula ditemani rakan-rakan model. Mereka semua berkumpul di meja yang sama,” jelas satu sumber.