Sumber yang sama berkata, bahagian paling sukar buat Chris adalah untuk melakukan raptai dan memastikan ia tidak didedahkan kepada umum.
“Kebanyakan pelawak stand-up suka menguji bahan jenaka mereka di kelab yang lebih kecil sebelum membuat persembahan secara langsung di hadapan umum.”
Bagaimanapun jenaka mengenai insiden itu tidak akan mendominasi persembahannya. “Penonton perlu menunggu sehingga akhir rancangan, mereka pasti tidak akan kecewa,” tambah sumber tersebut.
Dua hari lalu Netflix turut menyenaraikan beberapa lagi pelawak jemputan yang akan turut menyertai Chris di atas pentas termasuk Amy Schumer, Jerry Seinfeld, Arsenio Hall, Leslie Jones, David Spade, Dana Carvey, JB Smoove dan Kareem Abdul-Jabbar.