Ketika ditanya mengenai foto percutiannya bersama keluarga Rihanna di Barbados, Rocky mengibaratnya sebagai ‘kepulangan ke kampung halaman’ memandangkan bapanya telah berhijrah dari negara itu ke Amerika Syarikat.
Tambahnya, pandemik mungkin telah memperlahankan kehidupan ramai orang namun ia membantu hubungannya berkembang pantas.
Mereka menggunakan waktu ini untuk bercuti ke luar negara sepanjang tahun lalu sambil mengeratkan percintaan yang baru terjalin.

Foto: Getty Images