Dengan sekali lafaz, Siti Saleha sah berggelar isteri kepada Joshua Fitton.
Aktres terkenal, Siti Saleha melangsungkan majlis pernikahannya pagi ini bersama pereka fesyen, Joshua Fitton dalam satu acara tertutup yang dihadiri keluarga dan teman rapat. Majlis pernikahan berlangsung jam 9.00 pagi di Enderong Resort, Janda Baik. Siti Saleha menerima mas kahwin bernilai RM1,000.
Di majlis pernikahan ini Siti Saleha dan Joshua menggayakan persalinan serba putih yang diilhamkan oleh Joshua Fitton sendiri. Jurusolek selebriti, Khir Khalid menjadi pilihan Siti Saleha sendiri dan dandanannya disempurnakan oleh Yusof Ruzaimi.
Untuk majlis pernikahan ini Saleha menerima lima dulang hantaran dan membalasnya dengan tujuh dulang hantaran.
Menurut Saleha yang mesra disapa Sally, dia dan Joshua mula rapat pada pertengahan tahun 2022. April tahun lalu Sally dan Joshua mengikat tali pertunangan.