Siti Khadijah Halim orangnya ‘selamba’ dan miliki personaliti yang menyenangkan. Saat ini namanya semakin harum mekar usai aksi bersahajanya menerusi siri romantik komedi ‘From Saga With Love’.
Bila dan di mana Siti Khadijah Halim paling gembira?
Ogos 2017, Genting Highlands.
Apakah bakat lain yang kamu ingin miliki?
Saya ingin mahir dalam aktiviti memanah dan menunggang kuda.
Jika kamu boleh mengubah sesuatu tentang diri kamu, apakah ia?
Saya berharap saya dapat hentikan sikap ‘overthinking’ akan sesuatu hal yang kecil.
Bagaimana kamu berhadapan dengan kegagalan?
Saya akan menangis dahulu dan akan pastikan saya tidak akan menangis tentang perkara yang sama di masa hadapan.
Bagaimana kamu mengurus stres?
Why pay a therapist while you can pay cashier?
Apakah idea kamu tentang kehidupan yang gembira?
Memiliki keluarga yang kecil di rumah yang selesa dan melawat negara lain.
Apakah memori zaman kanak-kanak paling kamu ingat?
Bermain bola dengan kawan perempuan saya, tangkap berudu dan menunggang basikal dalam hujan.
Apakah perkataan atau ayat (phrase) yang kerap kamu sebut dalam sehari?
Serius lah!
Apakah nilai atau ciri penting dalam perhubungan?
Kepercayaan dan komunikasi yang baik.
Bagaimana kamu menunjukkan simpati pada orang yang kamu rapat?
Saya akan bertanyakan khabar dan menunjukkan sokongan kepada mereka.
Apakah isu masyarakat kita yang paling signifikan ketika ini?
Masalah bodyshamming.
Jika sudah tiada nanti, apa yang kamu mahu orang ingat tentang kamu?
Saya sentiasa menceriakan suasana dan kehidupan seseorang.
What is beauty?
Kecantikan bagi saya adalah apabila ia datang dengan sendiri dari jiwa, jaga kesihatan okey!