Selepas enam minggu kes saman fitnah Johnny Depp terhadap Amber Heard dibicarakan, kemenangan akhirnya berpihak kepada aktor tersebut.
Semalam, tujuh juri yang bersidang di Fairfax County Circuit Courthouse, Virginia memutuskan Amber perlu membayar ganti rugi sebanyak RM66 juta kepada Johnny atas fitnah yang ditulisnya dalam kolum Washington Post.
Menerusi artikel yang disiarkan pada 2018, Amber merujuk dirinya sebagai seorang ‘tokoh masyarakat yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga’.