Pelantun lagu Peaches, Justin Bieber memilih untuk mencukur seluruh kepalanya setelah dituduh melakukan cultural appropriation.
Sebelum ini Justin pernah dikritik kerana menggayakan rambut cornrows dan dreadlocks pada 2016, dan dia sekali lagi mencipta kontroversi apabila tampil dengan stail rambut seakan locs pada bulan lalu.
Dreadlocks yang sering dipanggil sebagai ‘dreads’ atau ‘locs’ adalah gaya rambut yang tidak dapat dipisahkan dengan budaya kulit hitam. Justeru mereka yang berkulit putih dianggap tidak sensitif jika menggayakannya.
Penyanyi itu berkongsi gaya rambut terbaharunya di Instagram pada Isnin lalu menerusi satu foto wefie dirinya bersama isteri, Hailey Bieber.