Teks : Anis Hanini
Siti Saleha bersama suaminya Lutfi Azhar dipilih untuk mewakili Malaysia dalam rancangan siri realiti terbaru Extreme Ends. Ikuti temubual eksklusif bersama pelakon tempatan ini.
Pelakon yang mula menempa nama melalui watak Nora Elena dalam drama bersiri Nora Elena baru-baru ini dipilih untuk mewakili Malaysia bersama suaminya dalam menyahut cabaran untuk rancangan siri realiti, Extreme Ends yang bakal ditayangkan di saluran KIX HD (saluran Astro 729). Rancangan yang dibintangi empat selebriti dari empat negara Asia Tenggara bersama tetamu istimewa ini akan menampilkan tema bertentangan yang ekstrem seperti ‘Tinggi dan Rendah” atau “Siang dan Malam”. Diadakan di kota Hong Kong, tema-tema ini bakal memaparkan wajah bandar ini yang jarang diperlihatkan yang menonjolkan keunikannya.
EH! diberi kesempatan untuk menemu bual bersama Siti Saleha berhubung rancangan ini.