8. MrBeast
Personaliti YouTube ini dikenali sebagai ikon semasa kerana sikap prihatinnya. Jimmy Donaldson membeli setiap barangan di kedai runcit demi menghulur bantuan dan menyediakan tempat tinggal yang lebih baik untuk setiap anak anjing terbiar yang dijumpainya. Sejak menjadi terkenal pada 2018, bintang berusia 22 tahun ini tidak henti-henti membuatkan 52.9 pengikutnya di YouTube berasa kagum. Dia melancarkan rangkaian burger sendiri, menganjurkan pertandingan dengan ganjaran berjuta dolar, dan menggemparkan aplikasi forum Clubhouse dengan hanya bercakap! Hanya 18.9% peserta tinjauan mengenali Donaldson, namun 70% menyukainya manakala 12% pula sebaliknya.