“Dahulu kami berpisah untuk melakukan perkara yang kami ingini secara individu, dan kini kami telah melalui fasa itu. Jadi saya rasa pasti menyeronokkan jika kami kembali bersama.”
Jelas Joey, mereka kini berada pada tahap kehidupan di mana carta lagu dan anugerah bukanlah sesuatu yang penting. Apa yang dimahukannya hanyalah bersatu dengan bekas ahli kumpulan ‘NSync yang dianggapnya sebagai adik-beradik sendiri.
“Apa keburukannya jika impian ia benar-benar berlaku? Oh Tuhan, kami tidak berada di tangga teratas dalam carta? Tidak mengapa, kami pernah menjuarai sebelum ini. Bagi saya yang lebih penting adalah dapat membuat persembahan dan berseronok bersama ‘adik-beradik’ saya,” tambahnya.