Mira bagaimanapun meluahkan rasa bersyukur kerana Amir tidak mengalami gejala yang teruk dan hanya perlu menjalani kuarantin di rumah tanpa perlu dimasukkan ke hospital.
Namun selepas seminggu, giliran bintang berusia 29 tahun itu pula disahkan dijangkiti coronavirus. “Alhamdulillah, sekarang kami semua telah pulih,” katanya.
Mira mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar pada 3 September 2020 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada 10 Mei lalu.
Baca: Covid-19: Nabila Huda Dijangkiti Kali Kedua Dengan Gejala Lebih Teruk