Gambar: facebook MasterChef Malaysia
Setelah berminggu-minggu bertarung untuk mengumpul dana terbanyak untuk badan kebajikan yang diwakili, MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua telah pun melabuhkan tirai penutup dengan mengumumkan Syura sebagai juara untuk musim kali ini. Syura atau nama sebenarnya, Zuraidah Badron, telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM60,500 untuk Breast Cancer Welfare Association of Federal Territory dan turut memenangi dua tiket penerbangan kelas perniagaan ke Paris.
MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA KEMBALI LAGI >>
Gambar: facebook MasterChef Malaysia
ANAK LELAKI UNTUK ZAHIRIL ADZIM DAN SHERA AIYOB >>
Cabaran yang dilalui Syura bersama seorang lagi finalis, Celina Khor, agak menarik pada peringkat akhir kali ini apabila mereka ditugaskan untuk menyediakan menu untuk penumpang kelas pertama pesawat A380 Malaysia Airlines. Pujian harus juga diberikan kepada Celina yang menyerlah di dalam MasterChef Selebriti musim ini kerana banyak menyediakan menu yang cukup menarik sekali. Dia telah mengumpul dana sebanyak RM10,500 untuk Furry Friends Farm.
SELAMAT PENGANTIN BARU PIERRE ANDRE! >>
Gambar: facebook MasterChef Malaysia
AWI RAFAEL DAN HANEZ SURAYA BERPISAH >>
MasterChef Selebriti Malaysia yang banyak menyelitkan ‘drama’ oleh peserta-pesertanya turut dimeriahkan oleh Rozita Che Wan, Zain, Saidin, Lydiawati, Cat Farish, Radhi OAG, Syanie dan ramai lagi. Syabas kepada Astro dan kesemua selebriti yang terlibat di atas komitmen anda untuk menjayakan program kebajikan ini.
Gambar: facebook MasterChef Malaysia