Air kelapa bukan sahaja penyejuk tekak di kala musim panas! Malah, mempunyai 1001 khasiat cantik dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Nutrisi yang terkandung dalam buah kelapa seperti vitamin, natrium dan kalium dikatakan dapat memulihkan kulit wajah dan juga sebagai agen untuk merawat kulit kepala. Selain kegunaan airnya, terdapat beberapa bahagian buah kelapa itu sendiri boleh digunapakai sebagai pati utama penjagaan tubuh badan anda. Seperti minyak dan ampas iaitu isinya diparut dan diperah santannya banyak kegunaannya. EH! Kongsikan 3 bahagian utama yang perlu kamu tahu manfaatnya dalam merawat wajah, tubuh badan dan rambut.