Eye patch mask bukan lagi sekadar step tambahan, ia sudah pun menjadi simbol ultimate “that girl energy”. Dari TikTok hingga ke backstage fashion week, eye patches muncul sebagai must-have beauty essential yang bukan sahaja buat mata nampak segar, tetapi juga instantly aesthetic!
Trend ini makin jelas bila dipelopori oleh Hailey Bieber yang sinonim dengan glazed skin dan rutin minimal yang nampak effortless. Dalam setiap GRWM video atau candid selfie, eye patch mask hampir sentiasa ada. Malah baru-baru ini, gambar Hailey bersama Justin Bieber memakai eye patches sempat menjadi bualan hangat, selari dengan strategi Rhode yang terkenal dengan pelancaran viral dan pop-up interaktif yang sentiasa penuh dengan peminat. Menariknya, momentum ini terus hangat diperkatan apabila Selena Gomez turut berkongsi momen santai memakai eye patches daripada Rare Beauty hanya beberapa jam selepas itu
Jadi, jika anda ingin upgrade rutin cantik dengan sentuhan aesthetic yang sama, ini dia tujuh jenama eye patch mask yang boleh anda dapati di Sephora Malaysia — selain Rhode untuk tampil segar, glowing dan tentunya it-girl ready
1. Sephora Collection Eye Masks (RM14)
Pilihan paling mesra bajet untuk yang mahukan hasil cepat tanpa perlu belanja lebih. Walaupun mesra bajet, formulanya tetap on point dengan bahan aktif seperti hyaluronic acid untuk boost hidrasi, caffeine untuk kurangkan sembap, dan vitamin C untuk efek brightening yang segar. Best part? Ia datang dalam pelbagai varian mengikut keperluan kulit, jadi senang untuk mix & match mengikut mood atau skin condition.

2. LUMI Multi-Peptide Reviving Hydrogel Eye Mask (RM78)
Kalau under eye anda nampak penat dan kurang bermaya, ini antara pilihan yang boleh bagi instant pick-me-up. Diformulasi dengan multi-peptides, ia membantu meningkatkan keanjalan kulit sambil mengurangkan tanda keletihan seperti garis halus dan mata sembap. Tekstur hydrogel pula bukan sahaja melekat elok pada kulit, tetapi memberi sensasi sejuk yang sangat menyegarkan.

3. Pixi FortifEYE Eye Patches (RM120)
Untuk yang nak nampak lebih firm dan smooth tanpa effort berlebihan, ini pilihan yang patut ada dalam rutin. Diperkaya dengan campuran peptides dan botanical extracts, eye patches ini membantu menegang dan melembutkan kawasan bawah mata. Dengan penggunaan konsisten, anda akan mula nampak perubahan, under eye jadi lebih smooth, hydrated dan kurang tanda keletihan.

4. L’Occitane Immortelle Précieuse Eye Patches (RM215)
Untuk yang nak fokus pada graceful aging, ini pilihan yang terasa lebih refined. Diperkaya dengan ekstrak bunga immortelle bahan ikonik L’Occitane yang terkenal dengan sifat anti-aging semula jadi, eye patches ini membantu mengurangkan garis halus sambil memperbaiki tekstur kulit bawah mata. Kawasan under eye akan nampak lebih licin, cerah dan radiant dengan penggunaan berterusan.

5. Peter Thomas Roth Water Drench Hyaluronic Cloud Hydra-Gel Eye Patches (RM300)
Jika kulit bawah mata terasa kering atau nampak flat, ini adalah game changer. Diperkaya dengan pelbagai jenis hyaluronic acid, eye patches ini bekerja untuk menarik dan mengunci kelembapan secara intensif. Yang membuat ia standout adalah instant plumping effect dalam masa yang singkat, bawah mata nampak lebih smooth dan less tired. Tekstur hydrogel yang ringan dan sejuk buat pengalaman pakai terasa sangat luxe.

6. Chanel LE LIFT Flash Eye Revitalizer (RM475)
Kalau anda mahukan hasil yang nampak instantly lifted dan refined, ini pilihan mewah untuk ditambah dalam rutin. Diformulasikan dengan teknologi firming khas daripada Chanel, eye patches ini membantu memberikan efek lifting dan smoothing secara instantly. Dalam masa yang singkat, kawasan bawah mata kelihatan lebih tegang, licin dan youthful tanpa rasa berat. Sesuai untuk pre-event prep atau bila anda perlukan extra boost untuk nampak lebih polished.

7. Dior Capture Totale The Eye Patches
Untuk momen yang perlukan extra glow, ini definisi sebenar luxury meets performance. Diformulasikan khas oleh Dior, eye patches ini membantu mencerahkan kawasan bawah mata sambil mengurangkan tanda keletihan dengan cepat dan efektif. Teksturnya lembut, selesa dipakai dan memberi sensasi mewah setiap kali digunakan. Dalam beberapa minit sahaja, bawah mata kelihatan lebih smooth, radiant dan well-rested, seolah-olah anda baru cukup tidur 8 jam

Artikel Berkaitan: Ketahui 21 Jenis Gincu & Fungsinya
