Musim bunga ini bukan tentang bunga sahaja tetapi gaya kuku kita perlu bloom setaraf dengan kecantikan alam. Dari warna pastel yang comel-comel sampai ke gaya bunga yang nampak lebih elegan, EH! kumpulkan pelbagai inspo untuk inspirasi kuku anda musim bunga ini nampak lebih fresh sampai membuatkan orang menoleh dua kali.
Kuku merupakan penampilan penting yang perlu dijaga untuk menjaga imej yang bersih dan cantik. Musim bunga ni masa paling sesuai untuk eksperimen dengan warna dan corak. Tak kisah samada simple atau banyak hiasan, tetap menyerlah. Ini merupakan 7 idea nail art yang korang boleh cuba untuk musim bunga 2026:

Semestinya, nail art bercorak bunga menjadi pilihan utama because it’s literally spring! Bukan hanya fokus kepada satu jenis bunga, tetapi banyak jenis yang nampak realistik dan sangat cantik. Dengan warna yang tidak terlalu menonjol, gaya ini boleh membuatkan seseorang nampak lebih matured dan elegan.

Disebabkan sekarang, ramai yang minat kuku cat eye, iaitu seni kuku berinovasi yang memukau, menggunakan gel polish logam untuk menghasilkan kesan berkilau dengan pelbagai dimensi, menyerupai mata kucing. Nail art kali ini menggabungkan bukan sahaja bunga, tetapi juga rama-rama dan elemen alam semula jadi sebagai corak tambahan, bagi menambahkan lagi aura dan feel musim bunga.
Kombinasi ini bukan sahaja menjadikan kuku tampak lebih fun, malah memberi sentuhan yang manis serta elegan. Sesuai untuk mereka yang mahu tampil bergaya tanpa kehilangan sisi cute dan feminin.

Kepada pencinta kucing tapi masih mahu menghidupkan musim bunga, idea nail art ini boleh menjadi inspirasi kuku baru anda. Menampilkan kucing hitam di beberapa kuku dan tidak lupa juga jejak kaki kucing, gabungan beberapa warna bunga untuk membuatkan ia lebih menonjol.
Gabungan warna hijau dan merah jambu sebagai warna utama, menjadikan gaya kuku satu ini tampak sangat comel malah sesuai untuk gaya harian. Corak kotak-kotak juga digunakan sesuai untuk musim bunga kerana menyerupai karpet berkelah.

Gingham style nail art! Sesuai sangat untuk musim bunga dengan gabungan warna seperti kuning, hijau, ungu, merah jambu dan biru pada setiap kuku yang memberi sentuhan ceria dan segar. Tambahan corak bintang kecil pula melengkapkan gaya ini supaya tidak kelihatan terlalu kosong.
Coraknya yang kemas dan berulang juga memberi keseimbangan pada keseluruhan gaya, menjadikan style kuku ini tampak lebih tersusun, ringan dan mudah dipadankan dengan pelbagai gaya.

Nail art tidak lengkap tanpa gaya French tip. Untuk menjadikannya lebih menarik, lapisan polka dot merah di atas French tip putih memberi sentuhan klasik dengan pendekatan yang lebih moden. Tambahan corak ladybug mini pula menguatkan lagi elemen musim bunga, menjadikan keseluruhan gaya tampak lebih mempesona, ringan dan penuh detail tanpa kelihatan berlebihan.

Gaya paling ringkas tetapi tetap mampu menaikkan keseluruhan penampilan. Hanya dengan lapisan lutsinar sebagai asas dan satu corak bunga pada setiap kuku, hasilnya tampak bersih dan teratur. Pilihan ini sesuai untuk mereka yang gemarkan gaya minimal, namun masih mahu ada sentuhan detail yang halus.
Blueberry dan lemon, dua gabungan yang serta-merta memberi rasa manis dan menyegarkan. Seni kuku ini menggabungkan kedua-duanya dengan cara yang seimbang, menonjolkan keserasian warna dan elemen.
Hujung French tip berwarna lemon memberi kontras yang cerah, manakala polka dot biru ditambah secara sederhana, tidak terlalu padat, tidak terlalu nipis, cukup untuk melengkapkan keseluruhan gaya. Perincian blueberry kecil di bahagian tepi pula menjadi hiasan tambahan yang menarik perhatian tanpa mengganggu komposisi utama.
Baca: When Fashion Gets Weird, 5 Novelty Bags Jadi Tumpuan Dunia Fesyen
