Ia tentang ekspresi diri, humor dan keberanian untuk tampil berbeza. Tetapi persoalannya, adakah anda akan menggayakan Novelty Bags dalam harian?
Kreativiti kadangkala melangkaui batas normal dan di situlah lahirnya fenomena novelty bags.
Baru-baru ini, ia sering mencetuskan perbualan dengan rekaan luar jangka daripada beg menyerupai plastik pasar raya hingga tas tangan berbentuk barangan makanan.
Beg-beg ini seakan menjerit, “Kenapa tidak?” dan kita semua berhenti sejenak untuk melihat, tersenyum dengan kening terangkat dan terinspirasi.
Apa yang dahulunya dianggap “pelik” kini menjadi simbol keberanian dalam bereksperimen dengan gaya.
“Ini beg atau karya seni?” intai 5 novelty bags paling unik yang kini menjadi tumpuan dunia fesyen.

1.Moschino Apple bag
Gaya boleh manis, kadangkala gila dan Moschino Apple Bag adalah bukti sempurna. Dengan bentuk epal yang pop, merah menyala dan aura main-main yang chic, tas tangan ini mengubah aksesori menjadi statement.
Ia bukan sekadar untuk dipakai ya, ia untuk dipamerkan, dibincang dan disayangi! Dalam dunia yang terlalu serius, tas tangan ini berbisik, “Fesyen juga boleh bermain.”

2. Balenciaga Trash Bag
Beg plastik kuning biasa boleh tiba-tiba menjadi ikonik?
Pelakon China, Zhang Jingyi, membuktikannya di Beijing International Film Festival apabila penampilannya menarik perhatian seluruh dunia maya. Ia dilabel memes, perbincangan hebat dan pandangan bercampur-baur muncul sekelip mata. Sesetengah melihatnya seperti beg pasar biasa tetapi yang lain melihatnya sebagai keberanian fesyen. Lagipun, ‘tas tangan’ itu lahir dari rumah fesyen Balenciaga Trash Bag pouch, bernilai $1,790, yang tidak hairan mengaburkan garis antara benda harian dan kemewahan.

3. Kate Spade Critters Stevie Hedgehog Mini Bag
Kali ini, tas tangan dalam bentuk haiwan. Kate Spade membuktikannya dengan Critters Stevie Hedgehog Mini Bag. Mini, comel dan penuh personaliti, tas tangan ini seperti menghidupkan dunia kecilnya sendiri dengan reka bentuk seekor landak yang bersedia menemani hari-hari anda dan ps, ia tidak boleh diabaikan tanpa kasih sayang!

4. Louis Vuitton Elephantasy Trunk
Jika sebut tentang harga, RM 70,500.00, jangan hiraukan dan hanya pejam mata terus miliki ia kerana tas tangan ini sungguh menawan hati! Tas tangan ini bukan sekadar aksesori, ia seperti karya seni bergerak, menyerupai badak gajah mini yang elegan dan dramatik. Setiap butiran dan bentuknya menceritakan tentang visual statement yang tidak konvensional, mengajak pemakainya untuk bermain dengan imaginasi.

5. Chanel Ice Cream Minaudiere
Ice Cream Minaudière Cruise 2025/26 tampil dalam gabungan Plexi, Strass dan logam tona emas. Tas tangan unik ini hadir dalam rona putih, merah jambu dan hijau lembut, seperti aiskrim yang dibalut kemewahan. Penuh karakter permainan nostalgia, imaginasi, dan glamor yang halus, menjadikan setiap langkah pemakainya seolah melangkah di antara runway dan dunia fantasi yang ceria.
Baca: Dari Rambut, Solekan & Fesyen, Ini Glam Team Pertunangan Bella Astillah
