Pistachio kini sedang having a moment. Dari trend dessert aesthetic ke runway, kini ia melangkah masuk ke dunia wangian dengan vibe yang lebih chic, creamy dan unexpectedly addictive!
Kalau dahulu pistachio hanya terkenal sebagai dessert fancy, kini ia officially menjadi bintang baharu dalam dunia wangian. Nota ini kini melangkah lebih jauh menghiasi botol-botol wangian dengan karakter yang unik dan memikat. Berbeza dengan gourmand lain yang cenderung terlalu manis, pistachio hadir dengan nutty warmth yang lebih lembut, creamy dan sedikit savoury. Ia boleh jadi playful seperti dessert atau bertukar sophisticated bila digabungkan dengan nota woody, musk atau floral.
Lebih menarik, pistachio adalah antara nota yang paling versatil. Sesuai untuk anda yang sukakan wangian cozy, tetapi masih mahu tampil chic dan elevated. Sama ada anda peminat vanilla yang ingin cuba sesuatu yang lebih refined, atau pencinta scent woody yang mahukan sentuhan unik, pistachio adalah the next scent to know. Ini dia lima wangian pistachio pilihan EH! yang wajib masuk radar cantik anda.
1. Rare by Rare Beauty
Wangian ini ibarat personality yang layered sweet, spicy dan sedikit edgy. Pembukaan notanya dengan caramel dan pistachio memberi sentuhan gourmand yang kaya tetapi pink pepper dan ginger menambah twist yang lebih vibrant. Dry down pula memberikan kehangatan melalui sandalwood dan musk.

2. Coach Dreams Starlight
Kadangkala, less is more dan wangian ini membuktikannya. Dengan hanya tiga nota utama, ia terasa ringan, creamy dan sangat easy-going. Pistachio memberikan sentuhan lembut, ylang-ylang menambah floral sweetness, manakala sandalwood memberi depth yang halus. Sesuai untuk dipakai setiap hari tanpa rasa too much.

3. Kayali Yum Pistachio Gelato 33 Eau De Parfum Intense
Ini dia definisi sweet but make it addictive. Bayangkan pistachio gelato yang creamy, digaul dengan whipped cream dan marshmallow hasil wangiannya menjadi sangat playful, comforting dan instantly mood-lifting. Tidak terlalu heavy dan masih ada keseimbangan yang membuatkan ia sesuai untuk siang hari.

4. Prada Paradoxe Radical Essence
Untuk anda yang mahukan sesuatu yang lebih subtle dan sophisticated, ini adalah pilihan yang tepat. Pistachio di sini tidak terlalu menonjol, tetapi berfungsi sebagai elemen yang melembutkan gabungan floral seperti neroli dan orange blossom. Ditutup dengan sandalwood yang creamy, wangian ini terasa clean, moden dan sangat wearable.

5. Penhaligon’s Fortuitous Finley
Jika anda peminat quiet luxury, ini adalah signature scent yang perlu ada dalam koleksi. Gabungan salted pistachio, violet leaves dan leather memberikan dimensi yang unik sedikit green, sedikit salty, dan sangat refined. Wangian ini terasa seperti helaian baju linen di tepi pantai. Sangat effortless dan penuh karakter.

Artikel Berkaitan: 6 Foundation Paling ‘In’ Ketika Ini, Jadi Pilihan Jurusolek Selebriti
