Chanel Factory 5, himpunan eksklusif sempena meraikan minyak wangi N° 5 yang sudah seabad usianya kini dijual secara eksklusif hanya di e-shop Chanel.
Chanel N° 5, haruman ikonik Chanel meraikan ulang tahun ke-100 tahun ini. Jadi semestinya rumah fesyen Paris ini mahu meraikannya dengan penuh gemilang sementelah haruman ini punya perjalanan yang cukup cemerlang sejak diperkenalkan seabad yang lalu.
Chanel Factory 5 merupakan koleksi tambahan untuk melengkapkan penjagaan dan Belaian tubuh dari Chanel N° 5, dan ia boleh didapati dalam jangka masa terhad sahaja. Ilham himpunan ini memang jelas dibuat sebagai keraian buat Chanel N° 5. Chanel Factory 5 disempurnakan dengan 17 item yang dibungkuskan dalam bekas berinspirasikan kilang pembuatan yang bersifat ultra moden dan hadir dalam warna putih dan hitam.
Chanel Factory 5 dilihat sebagai satu langkah buat Chanel menghidupkan semula definisi belaian diri Gabrielle Chanel serta sifat dirinya sendiri yang sentiasa mahukan kebebasan, ingin berbeza dari yang lain. Himpunan tambahan ini dilihat sebagai satu tawaran pengalaman mewah untuk diterjemahkan dalam kehidupan harian.
Chanel beranggapan himpunan ini juga bersifat muda, mereka mahu meresap jiwa beli dan remaja yang sentiasa mahukan sesuatu yang baharu, penuh denganr asa ingin tahu serta punya sifat bebas , yang tidak terlalu peduli dengan sekeliling. Ini adalah cara Chanel yang bersifat ultra moden mengadaptasi imejnya dengan situasi semasa.
Meraikan himpunan istimewa ini EH! mengundang dua wajah popular Shalma Ainaa dan yaya Zahir untuk menjadi antara individu terawal mencuba sendiri item-item dari koleksi Chanel factory 5 ini. Tonton video istimewa yang memamaparkan pengalaman mereka membelai diri dengan himpunan haruman ikonik ini.
Jangan lupa dapatkan himpunan ini secara atas talian bermula hari ini. Klik di sini untuk pembelian.
Baca: 11 Solekan Met Gala 2021, Yang Menyerlah, Yang Tenggelam