Bila saya membuka bingkisan yang dikirimkan Chanel berisi edisi terhad Chanel N°5 L’eau, hati saya berbisik, “sekejap saja akan sold out nanti. So chic!”.
Pada tahun 1921, saat Coco Chanel mula berhajat mahu mencipta haruman, objektifnya mahu mencipta sebuah haruman buat wanita yang bercirikan bau wanita. Maka lahirlah Chanel N°5, sebuah haruman paling ikonik di dunia. Kalaulah mahu dibuat senarai atau carta, haruman ini mudah-mudah saja tersenarai dalam senarai top 10. Sejak kecil rajin membelek majalah, selalu saja saya melihat iklan haruman ini. Hari ini di era digital, ia masih gah dan terus diraikan.
Sejak dilancarkan, N°5 sudah dipelbagaikan dengan bermacam-macam variasi, aromanya diolah semula. Ada yang pekat baunya, ada pula yang sedap-sedap saja dan ada juga yang lebih ringan. Chanel N°5 L’eau misalnyha baunya lebih ringan, lebih cucuk dengan jiwa orang muda.
pada tahun 2016, ramai yang senang dengan baunya yang lebih segar. Bunga-bunga seperti melati, mawar dan ylang ylang diramu mesra, menghasilkan sebuah haruman yang bersifat malar segar namun ada karakter modennya. Kata Olivier Polge yang mengolah baunya, N°5 L’eau, “saya mencipta N°5 L’eau dengan niat untuk menunjukan N°5 dalam ‘cahaya’ yang baru buat mereka yang rasa mereka kenal sangat dengan Chanel N°5.”
BOTOL EDISI TERHAD
Pada pandangan saya, botol baru edisi terhad yang Chanel perkenalkan untuk N°5 L’eau amatlah berpadanan dengan karakter haruman ini; segar, ringan dan chic. Inilah kali pertama rangkaian Chanel N°5 ditampilkan dalam kelalang yang berbeza. Berlainan tapi kena gayanya.
Botol kaca berbentuk lonjong, dengan kaca jernih suci menyerlahkan cecair yang memampatkan isi dalamnya. Dengan saiz yang cukup-cukup di genggaman, N°5 L’eau edisi terhad ini amatlah praktikal di bawa ke mana-mana.
Setitis atau sepercik haruman dari botol ini mencetus pelbagai rasa. Bak yang ditulis Chanel pada kotak bingkisan yang saya terima, “What drop do you need? A drop of bravery. A drop of desire. A drop of mystery’.
Dengan saiz Chanel N°5 L’eau yang baru ini saya percaya ia akan menjadi objek mesti ada di dalam mana-mana tas tangan gadis atau wanita chic seluruh kota!
N°5 L’eau edisi terhad ini akan mula berada di pasaran 14 Jun ini! Klik pautan INI untuk menerokai aroma N°5 yang lain.
BACA: Camelia, Kuntuman Ikonik Chanel Mekar Terpelihara di Gaujacq