Selain fesyen, soroton gelombang K-Beauty juga menarik perhatian dan ia semakin menguasai festival Coachella ikonik ini!
Beauty look menjadi pelengkap utama untuk memastikan keseluruhan gaya Coachella tampil lebih standout, segar dan “festival-ready”.

Dengan tema utama hidrasi, lounge ini menghimpunkan jenama K-Beauty popular seperti Medicube, Beauty of Joseon, Rejuran, Easydew, mixsoon, SKIN1004, Torriden serta Banila Co yang masing-masing tampil dengan aktivasi khas sesuai dengan persekitaran festival.
Antara jenama K-Beauty yang mencuri perhatian di Coachella:

Molvany
Molvany membuka booth sepanjang festival berlangsung. Fokus utama rangkaian pencuci wajah, termasuk pelancaran eksklusif Protein Deep Milk Cleanser, serta pengenalan Carrot Vita Gel Cleanser ke pasaran Amerika Syarikat.
Kedua-dua produk ini diposisikan sebagai solusi untuk menangani kulit kering dan terdedah kepada debu gurun. Pengunjung juga berpeluang mencuba pelbagai produk lain seperti Yulpi Gel Cleanser, rangkaian berasaskan artichoke, Protein Cream dan Liberte Cream, semuanya direka untuk rutin penjagaan kulit lengkap dari pembersihan hingga hidrasi.

Medicube
Medicube melakar sejarah sebagai jenama K-Beauty pertama yang menjadi penaja rasmi Coachella! Di booth mereka, Medicube mempamerkan produk popular seperti Zero Pore Pad dan PDRN Pink Collagen Gel Mask, bersama peranti kecantikan seperti Booster Pro dan Booster Pro Mini Plus.
Menariknya, jenama ini turut menyelitkan elemen hiburan dengan menyediakan booth karaoke, sungguh meriah!

Banila Co
Banila Co tampil dengan aktivasi berskala besar menerusi konsep Bounce Back Makeup yang menekankan solekan kekal segar dan “bouncy” walaupun dalam cuaca ekstrem.
Tarikan utama mereka adalah instalasi dua tingkat dikenali sebagai Vanity Van dengan studio solekan profesional di bahagian bawah, manakala ruang terbuka di atas menawarkan pengalaman interaktif serta spot bergambar.
Selain itu, trak aiskrim bertemakan warna merah jambu turut mengedarkan sampel cleansing balm ikonik mereka.

Beauty of Joseon
Beauty of Joseon pula mengekalkan identiti heritage Korea dengan menonjolkan inspirasi ramuan diraja dan tradisional.
Di Coachella, mereka menekankan mesej “sun care first” dengan produk perlindungan UV yang menjadi keutamaan utama untuk festival outdoor berpanjangan.
Baca: Selebriti & Pempengaruh Malaysia ‘Spotted’ Di Coachella 2026
