Setelah memilih apa yang diinginkan, anda akan diarahkan untuk masuk ke bilik khas sebelum membuat rawatan. Proses pemasangan bulu mata mengambil masa dalam 1-2 jam, seeloknya anda isi perut terlebih dahulu. Selepas siap proses ini, bahagian mata anda mungkin rasa tidak selesa tetapi lama kelamaan pasti sudah terbiasa. Eyelash extensions ini jika anda pandai jaga ia boleh bertahan sehingga setahun! Tetapi haruslah datang kembali untuk touch up setiap 2-3 minggu agar ia kekal teratur dan cantik.