Banyak jenama penjagaan kulit mengkaji dan memperkenalkan pelbagai formulasi untuk memastikan kulit kekal anjal dengan kolagen. Tapi mana satu yang betul-betul berkesan? Kami kenalkan anda Dermalogica Pro-Collagen Banking Serum, yang mana bagi kami ini adalah Serum Kolagen Ikonik dalam liganya.
Jangan terkejut jika kami katakan bermula usia 30, penghasilan kolagen kulit mula menurun satu peratus setiap tahun dan faktor persekitaran seperti pencemaran, diet serta pendedahan kepada matahari menambah lagi kepada kehilangan kolagen. Habis takkan nak duduk dalam gua? Sabar, jangan drama sangat…
Memperkenalkan serum kolagen, Dermalogica Pro-Collagen Banking Serum, penjagaan kulit penting yang direka untuk melindungi dan meningkatkan kolagen kulit anda hari ini dan esok. Dengan konsistensi gel-ke-serum yang mudah diserap, ia meluncur dengan mudah pada kulit, memberi penghidratan mendalam untuk mengurangkan penampilan garis halus. Kulit juga kelihatan bercahaya.
Diformulakan dengan Potent Pro-Collagen Preservation Complex yang terdiri daripada Kolagen Asid Amino, Carnosine Dipeptide dan antioksida. Campuran hebat ini berfungsi tanpa jemu untuk melindungi kolagen anda daripada radikal bebas, membantu mengekalkan kulit yang lebih gebu dan lebih muda.
Dirumuskan juga dengan Jojoba Ester dan Polyglutamic Acid yang menenangkan, serum ini menyihatkan penghalang kelembapan kulit anda, mengurangkan kemunculan garis-garis halus secara nyata dan menggalakkan kulit yang lebih anjal dan berdaya tahan. Katakan hello kepada masa depan yang lebih cerah dan licin dengan serum kolagen ikonik ini. Guna dalam dua ke tiga pam, dua kali sehari. Kulit yang hebat keesokannya bermula hari ini.
Rangkaian produk penjagaan kulit Dermalogica boleh didapati di pusat penjagaan kulit berdaftar, dan boleh klik pautan INI untuk mengetahu lokasi yang berdekatan dengan anda. Selain itu rangkaian ini turut boleh didapati secara dalam talian di www.dermalogica.com.my serta di stor Sephora dan juga secara dalam talian di pautan SEPHORA.