Sempurnakan solekan bersama pilihan bedak kusyen edisi istimewa Gongjinhyang:Seol Radiant White Moisture untuk efek kulit wajah bersinar dan kekal kelembapan sepanjang hari.
Saat Maharani meraikan musim bunga penuh mekar dalam pilihan warna pastel. Sejambak cinta tanda hadiah indah diperkemaskan baru melalui edisi istimewa bedak kusyen Gongjinhuang:Seol Radiant White Moisture oleh The History of Whoo. Inilah rahsia kecantikan abadi untuk miliki kulit hydro-radiant di mana liputannya tahan lama dengan kelembapan maksimum.
The History of Whoo cukup terkenal dalam memartabatkan budaya, tradisi, warisan dan rahsia kecantikan wanita Korea. Sejak diperkenalkan pada tahun 2003, The History of Whoo punya pengikut setia dan tersendiri. Regenerasi dalam remedi kecantikan melalui proses dan konsep teknologi serba moden. Sesuai untuk anda yang menggemari rutin penjagaan kulit wajah persis Maharani secara moden tetapi masih mengekalkan formula tradisional yang digunakan oleh golongan raja.
Bedak kusyen edisi istimewa Gongjinhyang:Seol Radiant White ini punya cerita tersendiri yang membawa mood ceria di musim bunga. Ilham romantis elegan sayap rerama disulami riben berona pastel direka khas untuk bekas kompak sesuai dengan keistimewaannya.
Artikel berkaitan Tip Penjagaan Kulit
Setiap sapuan menyempurnakan solekan. Gabungan formula memberi perlindungan menyeluruh pada kulit wajah dengan litupan tahan lama. Dengan setiap sapuan, cipta kesan hydro-radiant, kulit wajah akan lebih bersinar, cerah serta meninggalkan kelembapan berpanjangan. Bedak kusyen edisi istimewa Gongjinhyang:Seol Radiant White bertekstur lightweight serta diformulasikan bersama herba tradisional seperti ekstrak bunga kekwa yang dikatakan mengekalkan kelembapan pada kulit wajah serta warna kulit lebih sekata.